• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Di Kawasan IPU Lebih 200 Perlu Ditutup – Kem. Pendidikan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sekolah perlu ditutup apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sesebuah kawasan melebihi 200, demikian menurut Kementerian Pendidikan.

Dalam kenyataan hari ini Kementerian Pendidikan memaklumkan, berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, pihak sekolah perlu memberhentikan segala aktiviti luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 150.

Kenyataan itu menyebut guru besar dan pengetua perlu memaklumkan kepada pejabat pendidikan daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri sekiranya sekolah perlu ditutup.

“Pihak sekolah perlu menghubungi ibu bapa murid-murid yang menghadapi masalah kesihatan semasa di sekolah akibat fenomena jerebu serta merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau klinik kesihatan berdekatan,” menurut kenyataan itu di sini.

Kementerian Pendidikan memandang serius akan perkembangan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini dan sentiasa memantau status terkini IPU di kawasan-kawasan yang melebihi bacaan 100.

Semua guru besar dan pengetua diingatkan supaya sentiasa memantau bacaan IPU di kawasan masing-masing melalui aplikasi telefon bimbit MyIPU atau melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar di www.doe.gov.my.

Pihak pentadbir sekolah juga perlu akur kepada surat siaran yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan berkaitan jerebu bertarikh 7 Ogos 2013 dan surat siaran berkaitan Langkah Penjagaan Kesihatan Murid Semasa Cuaca Panas yang dikeluarkan pada 26 Feb 2014 serta masih berkuat kuasa, katanya. – BERNAMA

Tags: JerebuKementerian PendidikanSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd