• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Tidak Akan Kecewakan Ahli UMNO Dan Rakyat Malaysia – Najib

oleh Ahmad Albab
13/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan beliau tidak akan mengecewakan anggota UMNO dan rakyat dalam menunaikan tanggungjawabnya mentadbir negara.

Najib berkata beliau akan berjuang habis-habisan untuk parti dan rakyat dan akan terus memimpin selagi mendapat sokongan daripada anggota parti dan rakyat.

“Semua pemimpin menghadapi cabaran dan apabila dah masuk ke gelanggang, jangan kita keluar di tengah-tengah perlawanan, saya tidak akan berundur, Insya-Allah. Kita akan bergerak maju ke depan,” katanya menerusi laman blognya NajibRazak.com hari ini.

Beliau berkata dalam politik, bagi menjatuhkan seorang pemimpin, akan ada pelbagai konspirasi dari dalam dan luar negara, yang kesemuanya, bertujuan untuk menjatuhkan UMNO sebagai parti yang menunjangi kepimpinan dan pentadbiran negara.

“Kalau orang nak hancurkan parti, mestilah serang pemimpinnya. Kalau sudah hilang kepercayaan pada pemimpin, maka mudahlah parti itu tumbang pada bila-bila masa,” katanya.

Dalam masa sama, Najib menyeru rakyat supaya bersama-sama memahami situasi politik ketika ini dan mereka perlu jelas keadaan negara yang aman dan menjurus kepada kejayaan adalah kerana dipimpin parti keramat UMNO.

Beliau berkata masyarakat kini berdepan suatu suasana baharu dengan media sosial digunakan untuk menyebar kebencian kepada pemimpin sehinggakan budi pemimpin tidak bermakna.

“Hari ini, media sosial hanya di hujung jari untuk kita menyatakan sesuatu yang benar, atau menabur fitnah, dulu tidak ada senjata untuk mencerca, fitnah dan mengaibkan pemimpin mahupun ada cubaan menjatuhkan pemimpin, kalau ada pun, mereka hanya gunakan surat layang dan cara lain.

“Inilah mainan yang berlaku sekarang dan kebetulan pula ia berlaku pada masa saya sebagai pemimpin parti,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut melahirkan rasa terharu melihat kehadiran dan sokongan ramai rakan-rakan dalam parti komponen BN yang turut hadir pada persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pekan semalam.

Mengimbau kembali sejarah permulaan beliau sebagai pemimpin hampir 40 tahun lalu, Najib berkata beliau berazam untuk menyambung legasi dan perjuangan ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sebagai pemimpin anak jati Pekan.

“Apabila disuruh oleh parti untuk bertanding bagi Pilihan Raya Kecil pada bulan Mac 1976, saya agak tergamam, umur saya belum cukup 23 tahun dan saya bertanya pada diri sendiri, mampukah saya menggalas tanggungjawab yang berat ini?,” katanya.

Najib berkata ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, keadaan menjadi sukar apabila UMNO diharamkan pada 1987.

“Saya tak boleh bayangkan pada masa itu apakah yang akan terjadi kepada parti kita, tetapi saya sedar bahawa dalam apa jua keadaan, perjuangan mesti diteruskan. Kita telah berikhtiar dan menggunakan kebijaksanaan, berpakat serta mencari jalan bagaimana kita boleh membangunkan semula parti yang sudah banyak berjasa dan berbudi ini.

“Alhamdulillah kita melihat UMNO lebih berjaya pada hari ini,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Najib Tun RazakUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berhak menentukan sendiri bentuk kerjasama politik yang mahu dibentuk pada peringkat negeri...

Spekulasi Kerjasama BN-PAS di PRN Negeri Sembilan

Spekulasi Kerjasama BN-PAS di PRN Negeri Sembilan

15/07/2026
0

KUALA PILAH – Hantaran bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa di media sosial mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan wujud...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd