• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Bodoh!’ – Akui Justo Plot Jahat Guling PM

oleh
07/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Bekas eksekutif kanan PetroSaudi International, Xavier Andre Justo mengaku telah diperdaya dan tidak mengetahui maklumat yang diubah suai mahu digunakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengakui bodoh kerana tidak jangka perkara itu, warga Switzerland tersebut berkata, dia juga bukan pemberi maklumat sebaliknya hanya mahu menjual data dicuri selepas dijanjikan bayaran AS$2 juta (RM8.5 juta) oleh ahli perniagaan Malaysia.

“Mereka (pembeli data) ada agenda politik yang saya tidak tahu. Saya tidak tahu yang mereka mahu menjatuhkan sebuah kerajaan. Saya bodoh,” katanya dalam wawancara eksklusif terbaharunya dengan wartawan The Straits Times (ST) dari Singapura.

Pada 24 Julai lalu, Justo menerusi temubual dengan akhbar sama mendakwa dijanjikan bayaran lumayan itu oleh ahli perniagaan Malaysia untuk dokumen urus niaga berkaitan bekas majikannya dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong yang menyedari dirinya dikaitkan sebalik sahaja laporan ST itu disiarkan mengakui menawarkan wang sebanyak AS$2 juta kepada Justo sebagai tipu helah untuk memperdayakannya.

Justo yang ditahan pasukan Polis Diraja Thailand di Koh Samui, Surathani pada 22 Jun lalu memberitahu, persetujuan urusan jual beli dokumen tersebut dicapai dalam pertemuan dengan pembelinya di Singapura pada Februari lalu.

Penahanan Justo dibuat selepas PetroSaudi membuat laporan terhadap kegiatan peras ugut membabitkan wang 2.5 juta franc Switzerland (RM10 juta) apabila dia ancam mendedahkan maklumat sulit perniagaan dicurinya jika permintaan tidak dipenuhi.

Justo disabitkan bersalah pada 17 Ogos tetapi hukuman diringankan selepas memberi kerjasama dan buat pengakuan sepenuhnya berhubung tuduhan terhadapnya, namun dia ada tempoh hingga 17 September ini untuk mengemukakan rayuan.

Dalam perkembangan yang sama, Justo yang kini dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh pihak berkuasa Thailand mengesahkan bahawa dia akan memfailkan rayuan bagi memohon tempoh hukuman tersebut dapat dikurangkan lagi.

“Saya tidak jangkakan (hukuman penjara) tiga tahun,” katanya sambil menambah akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Thailand untuk membolehkan hukuman penjara tersebut dikurangkan. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: 1MDBXavier Andre Justo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd