• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU Singapura: PM Lee Mengundi Di Sekolah Rendah Alexendra

oleh Ahmad Albab
11/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengundi di Sekolah Rendah Alexandra, Prince Charles Cresent, Tanjong Pagar, di sini.

Lee yang diiringi isteri, Ho Ching tiba di pusat mengundi terbabit pada kira-kira 12 tengah hari. Proses pengundian dibuka dari 8 pagi hingga 8 malam ini.

Beliau merupakan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan bertanding mempertahankan Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Ang Mo Kio, beredar kira-kira 10 minit kemudian selepas menunaikan tanggungjawab itu.

Pilihan raya umum (PRU) ke-12 republik ini merupakan pilihan raya umum ketiga bagi Lee sejak menjadi Perdana Menteri.

Sekolah Rendah Alexandra merupakan satu daripada pusat mengundi di bawah GRC Tanjong Pagar.

Parlimen Tanjong Pagar yang merupakan kubu kuat PAP ketika di bawah pentadbiran pengasas Singapura moden dan bekas perdana menteri mendiang Lee Kuan Yew, yang meninggal dunia pada Mac lepas, kali ini menyaksikan pertandingan sejak 1991.

Calon PAP GRC Tanjong Pagar dibarisi Chan Chun Sing, Indranee Rajah, Chia Shi-Lu, Joan Pereira dan Melvin Yong ditentang calon SingFirst yang dibarisi Tan Jee Say, Ang Yong Guan, Chirag Desai, Melvyn Chiu Weng Hoe dan Fahmi Rais.

Untuk julung kalinya sejak Singapura mencapai kemerdekaan pada 1965, parti pemerintah, PAP menghadapi persaingan paling sengit apabila kesemua 89 kerusi di 29 kawasan pilihan raya menyaksikan pertandingan.

Dalam pilihan raya umum 2011, PAP mengekalkan kuasanya dengan memenangi 81 daripada 87 kerusi yang dipertandingkan. – BERNAMA

Tags: Pilihan RayaSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

20/06/2026
0

MUAR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan ahli politik supaya tidak memberi janji-janji kosong kepada rakyat Johor. Baginda...

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

16/06/2026
0

KUCHING – Kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam kempen pilihan raya di Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd