• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produktiviti Penjawat Awam Di Perlis Masih Rendah – MB

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata produktiviti hasil kerja kakitangan perkhidmatan awam di negeri ini masih terlalu rendah.

Beliau berkata apa yang ditulis dalam laporan penilaian tahunan sesebuah jabatan didapati tidak sama dengan pencapaian sebenar kakitangan mereka.

Antara sebab perkara ini berlaku ialah sikap kakitangan perkhidmatan awam sendiri yang tidak berdisiplin semasa menjalankan tugas, katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan penjawat awam yang kali ini dihoskan Jabatan Belia dan Sukan Negeri di sini hari ini.

“Ada di kalangan kakitangan yang malas bekerja, tidak komited menjalankan tugas, tidak memberi perhatian semasa bekerja, buang masa dan sibuk dengan urusan peribadi serta mengutamakan kerja lain,” katanya.

Beliau menyeru kakitangan awam agar segera berubah sikap untuk menjadi lebih rajin, kuat bekerja dan rajin berusaha.

Azlan berkata beliau mendapat tahu terdapat pakar perunding swasta yang mengemukakan cadangan tertentu untuk membantu membangunkan Perlis, tetapi mereka kemudiannya merasa kecewa dengan kelemahan tugas kakitangan perkhidmatan awam negeri.

Berucap pada perhimpunan itu, beliau menyentuh mengenai projek pembangunan yang bakal dilaksanakan termasuk pelabuhan darat di Padang Besar, pembangunan Lembah Chuping di Chuping, pembangunan Sungai Perlis dari Kuala Perlis hingga Kangar, pelabuhan bersepadu di Kuala Sungai Baru dan Kuala Sanglang serta pelabuhan maritim di Kuala Perlis.

Terdapat projek berkenaan yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) dan dalam perancangan dengan sokongan kerajaan pusat serta kerjasama swasta, katanya.

Azlan turut melancarkan Hari Sukan Negara peringkat negeri yang melibatkan pelbagai pertandingan sukan termasuk jalan kaki, sepak takraw, futsal, bola tampar dan bola jaring yang sambutannya diadakan serentak di seluruh negara pada 10 Okt ini. – BERNAMA

Tags: Azlan ManPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mempertahankan keputusan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam atas dua pertimbangan utama melibatkan...

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd