• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Belum Terima Notis Untuk Perhimpunan 16 September

oleh Ahmad Albab
19/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis masih belum menerima sebarang notis berhubung perhimpunan Himpunan Rakyat Bersatu oleh ‘kumpulan baju merah’.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata beliau hanya mendengar tentang perhimpunan 16 September melalui media sosial dan akhbar.

“Secara rasmi, kami tidak menerima apa-apa notis atau pengesahan bahawa perhimpunan ini akan diadakan,” katanya, Isnin.

“Mereka (baju merah) tidak berhubung dengan kami.”

Beliau menasihatkan penganjur supaya mengikut prosedur di bawah Akta Perhimpunan Aman jika mereka berhasrat untuk meneruskan perhimpunan tersebut.

“Mana-mana perhimpunan perlu diadakan secara aman. Kita tidak akan bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk menggugat ketenteraman awam,” katanya.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos berkata kumpulan baju merahnya akan mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut walaupun mendakwa beliau bukan penganjur himpunan.

“Saya percaya pihak penganjur akan mengeluarkan notis kepada pihak polis dalam tempoh satu atau dua hari lagi,” katanya.

“Kami amat serius untuk menyertai perhimpunan ini bagi menunjukkan rasa tidak puas hati kami terhadap perhimpunan Bersih, yang telah mengganggu perniagaan orang Melayu di Kuala Lumpur dari masa ke semasa,” katanya, sambil menambah kesabaran orang Melayu ada hadnya.

“Kami mahu menunjukkan bahawa kami amat bosan dengan perhimpunan anjuran Bersih,” katanya.

Jamal berkata beliau menjangkakan perhimpunan 16 September akan menarik sekurang-kurangnya 300,000 peserta.

“Perhimpunan akan datang yang diadakan pada Hari Malaysia pasti akan meraih lebih banyak lagi sokongan kerana ia melibatkan kumpulan lain,” katanya.

Jamal menegaskan bahawa kumpulan baju merah mahu mengadakan bantahan secara aman.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh memberi jaminan tidak akan ada masalah yang timbul. Ia melibatkan ramai orang, jadi apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

Kumpulan anti-Bersih ini juga bertanggungjawab terhadap demonstrasi silat di luar kompleks beli-belah Sogo beberapa hari sebelum Bersih 4.

Ahli-ahli kumpulan baju merah dilihat telah memecahkan jubin dan kepingan kayu dengan kepala dan badan mereka.

Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) mengutuk tindakan tersebut menyatakan ia membawa kepada tafsiran salah terhadap teknik tradisional mempertahankan diri.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga tidak menerima sebarang permohonan untuk perhimpunan pada 16 September.

Jurucakap DBKL berkat penganjur perlu mengemukakan permohonan dengan butir-butir seperti tarikh, masa dan lokasi. – mStar Online

Tags: perhimpunan harampolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd