• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Himpunan Rakyat Bersatu” Tarik 200,000 Peserta

oleh AK-47
27/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dianggarkan lebih daripada 200,000 rakyat Malaysia berkumpul di Padang Merbok dalam “Himpunan Rakyat Bersatu” atau lebih dikenali sebagai Himpunan ‘Baju Merah’ di sini, pada Rabu.

Jumlah itu jauh lebih ramai berbanding dua hari perhimpunan haram jalanan Bersih 4 baru-baru ini yang dihadiri kurang 20,000 peserta walaupun penganjurnya mendakwa setengah juta rakyat Malaysia menyokong mereka.

Tinjauan beberapa portal berita arus perdana tempatan lain menunjukkan ada yang merekodkan lebih 250,000 peserta manakala portal pro-pembangkang seperti biasa cuma mencatatkan penyertaan kira-kira 30,000 orang.

Perarakan bermula di beberapa tempat di ibu negara di mana rata-rata kawasan yang tertumpu seperti di Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Kompleks Kraf, Jalan Conlay.

IMG-20150916-WA0012

Sejak pagi lagi, suasana di kawasan berkenaan sudah sesak dipenuhi dengan ribuan peserta termasuk ada yang sanggup datang dari jauh, namun keadaan masih lagi terkawal menurut laporan polis Kuala Lumpur.

Sebelum perhimpunan dimulakan, iaitu lebih kurang pada pukul 2 petang, hasil tinjauan kami mendapati hampir separuh kawasan di Padang Merbok telah dipenuhi peserta yang dikatakan berkumpul dari jam 10 pagi lagi.


20150916_150313

Kelihatan sepanduk memaparkan slogan ‘Tanah Tumpahnya Darahku’, ‘Jangan Hina Orang Melayu Islam’ serta beberapa lagi menggambarkan sentimen menolak perbuatan biadap peserta himpunan haram Bersih 4 bulan lalu.

Lebih kurang jam 2 petang, lagu patriotik negara, ‘Inilah Barisan Kita’ didendangkan dan diikuti lagu kebangsaan ‘Negaraku’ bagi menunggu ketibaan ramai lagi peserta yang berduyun-duyun menuju ke lokasi perhimpunan.

Tepat jam tiga petang, perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dan pengerusi majlis memberikan laungan penuh semangat “This is Malaysia, Hidup Malaysia, Hidup Islam, Allahuakbar!“

Ia seterusnya membuatkan ramai hadirin gemuruh bersorak dengan lebih bertenaga.

Ramai pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Melayu iaitu Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) serta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) mula memberikan ucapan sejurus ribuan peserta memenuhi padang pada pukul 3.30 petang.

HRB

Perhimpunan yang diadakan ketika cuti sambutan Hari Malaysia ini merupakan simbolik demi mempertahankan maruah bangsa Melayu dan agama Islam daripada diperkotak-katikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Penganjur utama, Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata “Kita berkumpul secara aman untuk menunjukkan rasa hati kita dan kita menentang perhimpunan haram Bersih yang sudah 4 kali diadakan.

DSC06121

“Kita tidak boleh tahan lagi, mereka (pembangkang) biadap menghina Melayu, menghina institusi negara, menghina perjuangan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).

“Mereka sepatutnya hormat, perdana menteri dipilih secara demokrasi, tidak ada orang patut memijak gambar beliau, bukan sahaja gambar perdana menteri, malah Presiden PAS, Datuk Haji Abdul Hadi Awang juga dihina,” ujar beliau.

Manakala, menurut Presiden Pekida,  Jamaluddin Yusof; “Kita tetap berjuang dengan nama Melayu, kita tidak akan gentar demi memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

DSC06228

“Kita tidak mahu lihat bangsa Melayu seolah jadi ‘hamba’ di negara sendiri, Pekida sanggup kerjasama dengan sesiapapun demi bangsa Melayu. Kita tidak sanggup diperintah di bawah ‘tapak kaki’ pembangkang.

“Ayuh bangsaku, bersatu demi Islam sebagai perjuangan,” ujarnya yang seterusnya menerima tepukan gemuruh daripada ribuan peserta.

“Himpunan Rakyat Bersatu” adalah perhimpunan sah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dan penganjur telah mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta dipantau oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ieamyrul Haziq

https://www.youtube.com/watch?v=88G7xdwgDzE&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=4SMj_eAj3n8

Tags: Baju MerahMelayuPerhimpunanPERKASA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keamanan Dan Keselamatan Keutamaan Kerajaan – Najib

Next Post

Himpunan ‘Baju Merah’ Di Padang Merbok Berakhir Aman

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

09/08/2024
0

Susulan dasar persembahan lebih ketat di Terengganu, penganjur Pesta Hantu Lapar di Kemaman kini mengeluarkan larangan supaya orang Islam tidak...

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

07/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh hari ini apabila seorang wakil pembangkang membangkitkan isu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri...

Next Post

Himpunan 'Baju Merah' Di Padang Merbok Berakhir Aman

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd