• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keamanan Dan Keselamatan Keutamaan Kerajaan – Najib

oleh Ahmad Albab
16/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keamanan dan keselamatan negara merupakan keutamaan kerajaan pimpinannya.

Justeru, Perdana Menteri berkata kerajaan akan melaksanakan yang terbaik untuk memastikan keamanan dan keselamatan serta keharmonian antara kaum dipelihara.

“Kita pernah melihat tumpahan darah di jalanan dan juga kedai-kedai terbakar tetapi biar saya nyatakan di sini – Saya tidak akan membenarkan sama sekali perkara seperti ini berlaku di Malaysia,” katanya pada ucaptama Seminar Integrasi Nasional di sini hari ini.

Seminar anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Najib berkata usaha berterusan Malaysia dalam menggalakkan perpaduan nasional telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Perdana Menteri berkata sebagai negara demokratik, Malaysia mengadakan pilihan raya secara konsisten sejak 1963 dan juga pengkritik negara turut bersetuju bahawa pilihan raya sentiasa dipertandingkan secara sengit.

Beliau berkata dalam pilihan raya, menteri juga tewas kerusi masing-masing dan perubahan tampuk kepimpinan kerajaan negeri kerana pilihan pengundi tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mendengar suara rakyat.

Bagaimanapun, katanya, apa yang tidak betul apabila demokrasi digugat dengan penyebaran pembohongan dan kerajaan tidak boleh membincangkan atau debat apabila kebenaran itu dikaburi dengan tuduhan-tuduhan palsu.

Adalah tidak betul apabila ada pihak cuba mencetuskan kebencian terhadap kerajaan yang dipilih secara demokratik oleh rakyat, katanya.

“Adalah tidak betul untuk menganjurkan perhimpunan yang dikuasai satu kaum dengan niat untuk menjatuhkan kerajaan. Seperti yang kita dilihat, ini akan mendorong kepada perhimpunan oleh kaum lain.

“Ini adalah lebih berbahaya dan risiko untuk memusnahkan fabrik demokrasi, keharmonian dan peraduan yang dikecapai selama ini,” katanya.

“Saya sedih untuk mengatakan parti pembangkang sedang bermain dengan api. Mereka bersuhabat dengan pemeras ugut dan warga asing yang ingin campur tangan dalam urusan negara ini seperti apa yang berlaku di zaman penjajahan.

“Mereka akan menyebarkan pembohongan dan khabar angin supaya mereka boleh mengatakan Malaysia berada dalam landasan yang berbahaya,” katanya.

Najib menyifatkan pihak-pihak tertentu ini sebagai berbahaya dan mempunyai niat terdesak untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

“Mereka ini bersedia mengambil risiko untuk melihat ketidakstablian yang mendorong kepada revolusi ganas di banyak negara…beberapa negara dekat dengan Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, Najib, yakin walaupun usaha-usaha pembangkang termasuk beberapa bekas pemimpin kanan negara untuk mecetuskan perpecahan dalam kalangan rakyat namum keamanan keharmonian dan perpaduan akan tetap kekal di Malaysia.

Beliau berkata hanya menerusi usaha meningkatkan perpaduan nasional, mengurus perbezaan dan tidak menimbulkan kemarahan antara kaum serta mematuhi demokrasi berparlimen akan menjadikan Malaysia dikagumi di seluruh dunia.

“Saya berazam bahawa kami akan berbuat demikian. Kerajaan ini tidak akan berhenti berjuang untuk mengekalkan keamanan, keharmonian dan kemakmuran Malaysia yang kita semua cintai,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: KerajaanNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd