Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Peniaga Didakwa Memiliki, Mengimport...

IPOH - Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Pemandu Langgar Peserta Thaipusam...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu yang disyaki melanggar sekumpulan peserta perarakan Thaipusam hingga...

Suspek Kes Tembakan Dikenali...

KOTA KINABALU - Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata, identiti...

JDT Umum Tidak Rai...

JOHOR BAHRU - Meskipun perlawanan belum lagi berlangsung, Kelab Bola Sepak Johor Darul...

Perhimpunan Di Petaling Street Satu Jenayah! – Bersih 2.0

KUALA LUMPUR – Perhimpunan kumpulan baju merah Melayu merupakan satu jenayah dan para pesertanya perlu ditangkap!

Bersih 2.0 berkata, perhimpunan kumpulan baju merah Melayu tidak boleh dibiarkan kerana ia menjejaskan ketenteraman awam dan ekonomi negara.

“Polis mesti menahan penganjur, Datuk Jamal Md. Yunos walaupun perhimpunan baju merah di Petaling Street esok dibatalkan.

“Sebarang perhimpunan seperti itu merupakan satu kesalahan dibawah ‘Section 141 of the Penal Code’ dan boleh dipenjarakan,” tegas kenyataan itu hari ini.

Bersih 2.0 pada Ogos lalu menganjurkan perhimpunan haram secara besar-besaran di ibu negara walaupun dilarang pihak berkuasa.

Mereka mendesak supaya kerajaan Malaysia diserahkan kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Berikutan itu, ratusan ribu orang Melayu berbaju merah mengadakan perhimpunan bagi menunjukkan sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Jamal semalam memberi amaran `satu lagi kekecohan’ di Petaling Street mungkin berlaku esok jika tuntutan oleh kumpulan baju merah Melayu itu tidak dipenuhi.

Antara tuntutan kumpulan itu supaya pihak berkuasa bertindak terhadap penjualan barang-barang tiruan secara berleluasa di Petaling Street dan kaum Cina berhenti daripada memonopoli kawasan itu.

Beliau berkata jika pihak berkuasa tidak mengambil tindakan, satu lagi perhimpunan akan dibuat oleh kumpulan baju merah Melayu di situ. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori