• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penolong Pegawai Penyiasat Didakwa Rasuah RM26,000

oleh Ahmad Albab
07/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang Penolong Pegawai Penyiasat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan rasuah melibatkan RM26,000, tiga tahun lepas.

Sarjan Tajudin Mahadi, 51, bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Bagi tiga pertuduhan, Tajudin didakwa secara rasuah memperoleh suapan wang tunai RM11,000 daripada peniaga minuman, Low Chin Chew, 31, untuk melepaskan abangnya, juga peniaga minuman Low Chin Chuan, 34, yang ditangkap dan direman polis kerana terlibat dalam kes bakar kereta di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Tajudin didakwa melakukan kesalahan itu di biliknya, Tingkat 4, Pejabat Team C, IPD Cheras, di sini antara pukul 2.30 petang 3 Dis 2012 hingga pukul 1.10 tengahari 4 Dis 2012.

Tajudin turut didakwa atas dua lagi pertuduhan cuba memperoleh suapan iaitu wang tunai RM12,000 daripada individu sama, bagi tujuan dan lokasi sama pada pukul 4 petang 2 Dis 2012 hingga 6 petang 3 Dis, 2012.

Bagi pertuduhan keenam pula, tertuduh didakwa bersetuju menerima satu suapan wang tunai berjumlah RM3,000 daripada Chin Chew, bagi tujuan dan di tempat sama pada pukul 11.21 pagi hingga pukul 11.23 pagi, 4 Dis 2012.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Tajudin didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Afifah Yusof menawarkan wang jaminan RM10,000 untuk semua pertuduhan.

Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 8 Okt untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: polisrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd