• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjenayah Cedera Ditembak Rakan Ketika Cuba Menyamun

oleh Ahmad Albab
29/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Percubaan sekumpulan empat lelaki untuk menyamun di Mentari Court, Sungai Way di sini, malam tadi mengundang padah apabila seorang daripada mereka ditembak rakan sendiri semasa bergelut dengan mangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata dalam kejadian pukul 7.48 malam itu, mangsa lelaki yang berjalan ke tempat letak kereta di pangsapuri berkenaan didatangi empat suspek warga tempatan yang menaiki kenderaan jenis Perodua Viva.

“Seorang suspek dalam kereta itu keluar lalu mengertak mangsa supaya menyerahkan beg sandang dan cincinnya sambil mengacukan pistol ke perut mangsa.

“Mangsa tidak mahu mengalah dan sebaliknya cuba merampas pistol itu menyebabkan berlaku tarik menarik yang mengakibatkan satu das tembakan dilepaskan dan terkena suspek lain yang keluar daripada kereta untuk membantu rakannya,” kata beliau ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azmi berkata suspek cedera di paha kanan manakala tiga lagi rakan suspek bertindak melarikan diri meninggalkan rakan yang cedera itu.

“Polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada mangsa dan berjaya menahan suspek yang cedera,” katanya sambil menambah suspek berusia 22 tahun itu merupakan penagih dadah dan pernah menjalani hukuman penjara sebelum ini.

Bagaimanapun, cincin mangsa yang bernilai RM2,000 berjaya dilarikan tiga rakan suspek itu.

“Polis turut merampas sepucuk pistol, tiga peluru, satu kelongsong peluru dan dua telefon bimbit daripada suspek.

“Suspek kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan polis juga sedang giat mengesan tiga lagi rakannya,” katanya.

Azmi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Berat (FIPA) 1971. – BERNAMA

Tags: penjenayah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

14/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan empat penyamun memasuki sebuah rumah di Desa Vista, di Sepang sebelum tiga daripada mereka ditembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd