Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

61,879 Pesakit Mental Terima...

IPOH – Seramai 61,879 pesakit mental mendapatkan rawatan secara ulangan di semua hospital...

PEJUANG Hanya Tanding 42...

PUTRAJAYA : Tindakan Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) hanya bertanding 42 daripada 56 kerusi...

Undi Awal PRK DUN...

REMBAU - Pusat mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Kalau Yakin Ada Misi:...

RUNGUTAN Presiden Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung kritikan media...

Penghuni Rumah Orang Tua Berkurangan Sejak 2 Tahun Lalu

PUTRAJAYA – Jumlah warga emas yang menjadi penghuni di institusi milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh negara menunjukkan penurunan sejak dua tahun lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata antara lain disebabkan masih terdapat kesedaran tanggungjawab terhadap ibu bapa dalam kalangan masyarakat.

Beliau menjelaskan setakat 31 Julai lalu seramai 1,579 warga emas tinggal di Rumah Seri Kenangan (RSK), berkurangan berbanding 1,623 orang pada 2014 dan 1,640 pada tahun sebelumnya.

“Masyarakat masih mempunyai rasa tanggungjawab kepada ibu bapa atau ahli keluarga yang telah berumur.

“Ia juga disokong oleh penyediaan perkhidmatan dalam komuniti seperti Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang kini berjumlah 45 buah di seluruh negara,” katanya kepada Bernama sempena Hari Warga Emas 2015 yang disambut setiap 1 Oktober dan tema sambutan tahun ini adalah #sayangkamu.

DSC_2880

Rohani berkata kementeriannya tidak bercadang untuk menambah bilangan RSK yang kini berjumlah sembilan buah di seluruh negara kerana jumlah itu mencukupi.

Beliau berkata pihaknya juga aktif untuk menempatkan warga emas kembali dalam komuniti menerusi pelbagai program sokongan sosial yang dilaksanakan seperti PAWE dan Homehelp.

PAWE merupakan khidmat bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara kementerian dengan pelbagai agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sehingga Jun lalu seramai 27,287 warga emas telah berdaftar dengan PAWE.

Homehelp pula merupakan usaha kerajaan meningkat kesejahteraan hidup masyarakat khususnya dalam kalangan golongan mudah terasa dan terpinggir dengan membabitkan kumpulan sukarelawan.


“Nilai-nilai keluarga merupakan sistem sokongan yang terbaik untuk warga emas, biarlah penempatan golongan yang memerlukan perlindungan ini di institusi JKM sebagai langkah terakhir,” katanya.

intel_hari_raya_festive_cheer

Rohani berkata sehingga akhir tahun lalu terdapat seramai 2.7 juta orang warga emas di seluruh negara atau 8.8 peratus daripada 30.1 juta rakyat Malaysia.

Berasaskan unjuran yang dibuat, Malaysia dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2030 apabila 15 peratus daripada jumlah penduduk merupakan warga emas, katanya.

Selaras dengan unjuran untuk tempoh 15 tahun itu, Rohani berkata lebih ramai pakar warga tua atau pakar gerentologi diperlukan bagi memastikan kesejahteraaan golongan warga emas sentiasa dipelihara.

Katanya ketika ini terdapat seramai 23 pakar gerentologi di seluruh negara iaitu masing-masing 10 berkhidmat di Kementerian Kesihatan, tujuh di universiti awam dan enam orang lagi di perkhidmatan swasta.

“Sejumlah 300 jururawat serta penolong Pegawai Perubatan juga telah menjalani Kursus Pos-Basik Perawatan Gerontologi.

“Kementerian juga menjalin kerjasama dengan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) berkaitan ‘Successful Ageing’ yang akan memberi latihan dan pengetahuan berkaitan situasi penuaan serta langkah-langkah menghadapi status negara tua,” kata Rohani.

Mengenai tema sambutan tahun ini #sayangkamu, Rohani berkata pemilihannya bagi membuktikan bahawa golongan warga emas sentiasa mendapat tempat bukan sahaja di hati kerajaan, malah seluruh masyarakat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori