• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Pembangkang Perlu Segera Selesaikan Krisis Kerjasama

oleh Ahmad Albab
21/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali meminta pemimpin parti pembangkang segera menyelesaikan isu berbangkit termasuk mencari penyelesaian terhadap krisis kerjasama yang dihadapi pakatan itu kebelakangan ini.

Beliau berkata pemimpin ketiga-tiga parti komponen dalam gabungan pakatan itu tidak seharusnya menambah masalah yang sedia ada sebaliknya mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan krisis tersebut.

“Krisis yang melanda parti pembangkang kini perlu dilihat secara positif dan ia perlu digunakan sebagai platform untuk pemimpin-pemimpin parti yang terlibat untuk bermuhasabah diri memperbaiki keadaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Gabungan parti pembangkang dilanda krisis apabila DAP sebelum ini mengumumkan tidak lagi akan bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan keputusan parti itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

PAS dalam muktamar tahunannya pada Jun lepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP serta berpendirian untuk terus kekal dalam gabungan pembangkang.

Baru-baru ini, Abdul Hadi juga dilaporkan berkata PAS berkemungkinan tidak akan menyertai pakatan pembangkang baharu yang bakal dianggotai PKR, DAP dan beberapa bekas pemimpin PAS. – BERNAMA

Tags: Azmin Alipembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB –  Muhyiddin

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB – Muhyiddin

19/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan asas kewujudan parti itu adalah untuk menentang...

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd