• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Kanan PULO Antara 8 Tahanan Dibebaskan Di Pattani

oleh Ahmad Albab
19/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PATTANI – Pemimpin kanan Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) Daud Maseng atau lebih dikenali Daud Ternang merupakan antara lapan tahanan dibebaskan dari penjara di Pattani hari ini.

Lima daripada tahanan tersebut termasuk Daud, 58, telah dipenjarakan kerana terbabit dengan gerakan militan di selatan Thailand, dan pembebasan itu dilihat langkah yang selari dengan proses perdamaian yang sedang berlangsung.

Empat lagi tahanan yang terlibat dengan gerakan militan yang dibebaskan ialah Mat Keri Daud, 35, Hama Semae, 42, Nuruddin Awae, 36, dan Arfan Awae, 30.

Tiga lagi tahanan yang dibebaskan ialah penjenayah biasa iaitu Alee Saleh, 58, Thirapath Thaveenart, 37, dan Jirawat Sisukmak, 37.

Kesemua mereka dibebaskan oleh pihak berkuasa Thailand kerana mempunyai tingkah laku yang baik dan dasar kerajaan yang komited dan ikhlas dalam menyelesaikan masalah pergolakan di selatan Thailand.

Adik Daud, Abdullah Maseng, berkata anggota keluarga mereka diberitahu berkenaan dengan pembebasan itu tiga hari yang lalu.

Bagaimanapun, Daud tidak berkata apa-apa kepada wakil media yang menunggu untuk melaporkan pembebasannya dan terus menaiki kereta yang disediakan oleh
anggota keluarganya untuk pulang ke rumah di Kampong Ternang, Panaret, kira-kira 35 km dari Penjara Pattani.

Daud telah berada dalam penjara hampir 18 tahun, iaitu sejak ditahan di Malaysia pada 1997 bersama-sama dua lagi pemimpin PULO yang telah dibebaskan
lebih awal iaitu Abdul Rahman Bedo, 70, yang dibebaskan pada 30 November 2013 dan Ismail Ternang, 61, yang dibebaskan pada 17 Julai lalu.

Daud telah dijatuhi hukuman mati kerana disabitkan dengan kesalahan terlibat dengan Gerakan Pembebasan Pattani tetapi beliau diampunkan dan hukuman diringankan kepada penjara seumur hidup kerana berkelakuan baik ketika dalam penjara.

Sepanjang menjalani hukuman itu, beliau telah ditempatkan di empat penjara iaitu Bangkuan, Bangkok, Songkhla dan Pattani.

Antara yang hadir menyaksikan pembebasan tahanan hari ialah Datuk Panut Uthairat, Setiausaha Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC)
serta anggota keluarga tahanan yang dibebaskan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda PAS Desak Anwar Letak Jawatan, Pengerusi KWAP Direhatkan

Pemuda PAS Desak Anwar Letak Jawatan, Pengerusi KWAP Direhatkan

21/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan susulan...

Jalaluddin Kecewa Jadi Mangsa Fitnah, Berkempenlah Secara Sihat

Jalaluddin Kecewa Jadi Mangsa Fitnah, Berkempenlah Secara Sihat

21/07/2026
0

JELEBU - Calon Barisan Nasional (BN) DUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias meluahkan rasa kesal terhadap pihak lawan menabur fitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd