• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Ancam Buat Lagi Himpunan Baju Kuning!

oleh Ahmad Albab
30/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibarat kaduk naik junjung atau cacing naik ke mata. Pihak pembangkang memberi amaran satu lagi himpunan baju kuning bagi menentang kerajaan akan diadakan di ibu negara secara besar-besaran.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, perhimpunan haram jalanan itu bakal diadakan jika kerajaan Barisan Nasional gagal memenuhi tuntutan Bersih 4.0 sebelum ini.

“Jika kerajaan mahu elak perhimpunan seperti Bersih 4 berlaku lagi, saya cadang Menteri Dalam Negeri dan pimpinan kerajaan segera melaksanakan reformasi seperti dituntut Bersih 4.0,” katanya dalam satu kenyataan.

Fahmi dalam pada itu membantah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta agar tiada lagi demonstrasi jalanan berlaku di Malaysia sama ada perhimpunan kuning mahupun merah.

Tegas beliau, perhimpunan jalanan adalah hak rakyat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Ahmad Zahid tidak boleh menghalangnya walaupun langsung tidak mendapat permit daripada pihak polis.

“Ahmad Zahid tidak patut menyamakan perhimpunan haram Bersih 4.0 dengan Himpunan Rakyat Bersatu atau baju merah yang mempunyai kelompok ekstremis Melayu,” katanya dengan nada penuh angkuh dan bongkak.

Untuk rekod, Fahmi pernah dikritik teruk oleh beberapa badan Melayu sebelum ini kerana sering mementaskan teater yang mengagung-agungkan ideologi komunisme sebagai pejuang kemerdekaan sebenar Tanah Melayu.

Pembangkang bersama beberapa badan bukan kerajaan anti-BN yang memperjuangkan hak kebebasan melampau termasuk hak amal gaya hidup LGBT dan murtad mengadakan perhimpunan Bersih 4.0 pada akhir Ogos lalu.

Demonstrasi jalanan didominasi penyokong tegar DAP itu turut menuntut kerajaan sedia ada diserahkan kepada DAP dan PKR supaya kebebasan mutlak dapat diamalkan di Malaysia tanpa melalui proses pilihan raya.

Himpunan haram itu namun gagal dapat sambutan apabila cuma disertai 20,000 orang malah dikecam pelbagai pihak ekoran sikap biadap peserta memijak gambar Perdana Menteri dan Presiden PAS selain mengganggu persiapan acara Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Berikutan itu, lebih 200,000 orang Melayu berpakaian serba merah bertindak berhimpun di ibu negara pada Hari Malaysia 16 Sepetember lalu bagi menunjukkan sokongan padu kepada kerajaan BN sedia ada. – mynewshub.cc

Tags: perhimpunan haramPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd