• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelakon Wanita Bersama 2 Rakan Ditahan Disyaki Miliki Dadah

oleh Ahmad Albab
19/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang pelakon wanita berusia 20 tahun bersama dua lagi rakannya kerana disyaki memiliki ganja seberat 627.59 gram dalam serbuan di sebuah kediaman di Subang Parkhomes, Subang Jaya, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata dalam kejadian pukul 11 malam itu, pelakon yang membintangi drama ‘Ku Tinggal Cinta di Okinawa’ itu ditahan selepas polis menemui satu paket plastik berisi ceraian daun kering disyaki ganja dan 1/2 biji pil eramin 5, di biliknya.

Yahaya berkata pihaknya turut menahan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang sedang tidur di sebuah bilik kedua di kediaman itu setelah menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar berisi ceraian daun kering disyaki ganja seberat 15.74 gram bersama dua bilah pisau di bahagian atas almari baju.

“Pemeriksaan di bilik ketiga menemui satu beg kertas mengandungi dua paket plastik lutsinar setiap satu mengandungi satu ketulan mampat berisi bahan disyaki ganja seberat 609.66gram dalam baju,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, selain itu, satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki ganja seberat 2.19gram turut dijumpai di atas meja di ruang tamu rumah berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd