• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Rakyat 2.0 Gabungan Yang Keliru! – PAS

oleh Ahmad Albab
21/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS membuat keputusan tepat untuk tidak menyertai Pakatan Rakyat 2.0 bagi mengelakkan PAS menjadi sebuah parti yang tidak baik dalam kancah politik tanah air.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, keputusan itu juga bertujuan mengelakkan PAS terjerumus dalam satu situasi yang keliru dan terumbang ambing dengan percaturan politik semasa.

“PAS mempunyai pendekatan dan strategi tersendiri. PAS tidak perlu mengikut lagak orang lain untuk berjaya dan menang,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nasrudin dalam pada itu menyifatkan Pakatan Rakyat 2.0 yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) sebuah gabungan yang keliru dan berada dalam dilema.

Menurutnya, pakatan baharu pembangkang tersebut tidak jelas hala tuju dan tidak diketahui perlembagaan partinya kecuali mahu meneruskan dasar berhaluan kiri.

“Usahkan perlembagaan, nama parti yang baharu pun belum disahkan secara muktamad oleh pendaftar pertubuhan,” tegasnya.

Beliau turut menegaskan, PAS dipelawa menyertai Pakatan Rakyat 2.0 oleh PKR sedangkan DAP dan PAN masih terus cuba menjatuhkan PAS.

Tegasnya, PAS tidak boleh bertolak ansur dan mengiktiraf sikap serta tindakan bekas pimpinan dan ahli PAS yang menikam PAS dari belakang yang kini menyertai PAN.

PAS melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini menegaskan parti itu tidak akan sama sekali menyertai Pakatan Rakyat 2.0.

PKR membuat pusingan U mempelawa PAS menyertai Pakatan Rakyat 2.0 selepas mendapati tidak ramai kaum Melayu menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 pada bulan lalu.

PAS sebelum ini disisihkan daripada gabungan pakatan rakyat oleh PKR dan DAP kerana bercanggah pendapat dalam isu hudud. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=cqHK1sIMSEA

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd