• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Melayu Berasakan Mereka Kini “Ditolak Ke Dinding” – Mahdzir

oleh Ahmad Albab
23/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Himpunan Rakyat Bersatu di Kuala Lumpur Rabu lepas merupakan manifestasi perasaan orang Melayu ketika ini yang merasakan mereka telah “ditolak ke dinding”, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNOmno Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, insiden-insiden yang berlaku di dalam perhimpunan Bersih 4 yang didominasi oleh satu kaum telah menimbulkan perasaan dalam kalangan orang Melayu untuk turut sama mengadakan perhimpunan dan berarak.

“Orang Melayu tidak ada perasaan ke? Orang Melayu juga ada perasaan. Ramai pergi ke himpunan itu bukan akibat hasutan pemimpin tetapi (pergi) kerana timbul di dalam perasaan mereka sendiri bahawa orang Melayu kini telah ‘ditolak ke dinding’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat veteran UMNO Bahagian Padang Terap yang turut dihadiri Exco kerajaan negeri Kedah Datuk Badrol Hisham Hashim di Pengkalan Tok Mas, di sini.

Mahdzir yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap berkata, orang Melayu juga mahu berhimpun dan berarak selepas melihat perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lepas dihadiri majoritinya masyarakat Cina.

Tindakan peserta perhimpunan Bersih 4 itu seperti memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan membawa penyapu telah menyentuh perasaaan orang Melayu.

“Apakah motif dan niat mereka (Bersih 4). Mereka kata perarakan itu adalah untuk menolak Datuk Seri Najib, menolak Najib juga bermakna menolak Melayu,” katanya.

Mahdzir berkata pihak-pihak lain juga perlu menjiwai perasaan orang Melayu dan bukan hanya orang Melayu sahaja menjiwai perasaan bangsa-bangsa lain.

Orang Melayu katanya, mempunyai hak untuk berhimpun dan berarak juga sebagaimana dilakukan oleh peserta Bersih 4 dan tindakan itu tidak sepatutnya dilihat daripada sudut perkauman.

“Terdapat pihak-pihak melihat apa sahaja dilakukan oleh orang Melayu ketika ini bersifat perkauman, tanpa mengambil kira perasaan dan hak orang Melayu,” katanya.

– BERNAMA

Tags: Mahdzir KhalidMelayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd