• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Kereta Sapu Sukar Dibendung Kerana Sikap Pengguna – SPAD

oleh Ahmad Albab
18/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Operasi membanteras kereta sapu di negara ini sukar untuk dilaksanakan berikutan sikap pengguna yang tidak kisah menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Ketua Jabatan Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata lebih serius, perkhidmatan kereta sapu mendapat permintaan menggalakkan khususnya di tempat-tempat pelancongan.

“Di Johor Baharu sahaja umpamanya, kenderaan sapu boleh didapati di setiap pelosok termasuk Mersing.

“Perkhidmatannya juga bukan hanya terdiri daripada kereta jenis Perodua Myvi malah melibatkan kereta mewah seperti BMW dan Mercedez,” katanya dalam sidang media selepas operasi membanteras kereta sapu, di sini malam tadi.

Menurut Che Hasni, sekalipun bayaran dikenakan lebih mahal daripada perkhidmatan kereta sewa berlesen, pengguna masih tetap memilih menggunakan perkhidmatan kereta sapu.

“Ini yang menyukarkan usaha kita, sebab itu SPAD meminta orang ramai menggunakan perkhidmatan yang sah,” tegasnya.

Sejak Oktober tahun lepas, SPAD dilapor merekodkan hampir 450 kes berkenaan kereta sapu atau kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan sewaan tanpa permit di Semenanjung.

Bagi Johor, sebanyak 93 kenderaan ditahan kerana melakukan kesalahan, katanya.

“Selain itu, sejak Oktober tahun lepas SPAD juga bertindak menyita sebanyak 130 kenderaan, 13 (didenda mahkamah), 96 (akan dipohon untuk dilucut hak pemilikan kenderaan) dan 49 lagi kes sedang dibawa ke mahkamah untuk proses pendakwaan,” katanya.

Beliau mengingatkan, mana-mana individu boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau dipenjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Darat.

Bagi kenderaan yang dimiliki syarikat, pengusaha boleh didenda maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan di bawah akta sama, katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=oqwZPzWEnLg

Tags: keretaSPAD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik 'disekolahkan' secara depan-depan oleh calon Barisan Nasional (BN) berhubung perbezaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd