• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nur Rozi Yanti Stabil Di Unit Rawatan Rapi

oleh Ahmad Albab
07/09/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelumba pelapis berbasikal lebuh raya negara, Nur Rozi Yanti Mat Rodzi yang terlibat dalam kemalangan semalam kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan.

Jurulatih pasukan pelapis kebangsaan, Suod Hussain berkata pelumba yang berasal dari Perlis itu masih berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kajang.

“Saya dimaklumkan oleh ahli keluarganya bahawa beliau telah kembali sedar dan bercakap namun beliau dikomakan untuk sementara waktu bagi merehatkannya. Doktor juga mengesahkan bahawa tiada berlaku pendarahan dalaman.

“Luka di bahagian mulutnya telah dijahit bagi menggelakkan jangkitan kuman,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pelumba berusia 17 tahun itu terlibat dalam kemalangan di Km 19, Lebuhraya SILK Kajang pada pukul 9.45 pagi semalam ketika menjalani latihan bersama pelumba lain.

Laporan awal polis sebelum ini menyebut Nur Rozi Yanti terjatuh daripada basikalnya ketika membetulkan kedudukan kakinya yang kebas sebelum dilanggar van pengiring yang mengekorinya. – BERNAMA

Tags: basikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd