• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“No PAS No Problem” – DAP Mula Dah Cakap Angkuh!!!

oleh Ahmad Albab
25/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keengganan PAS menyertai Pakatan Harapan tidak akan memberi kesan kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana Pakatan Harapan mempunyai Parti Amanah Negara (PAN) sebagai parti Islam baharu menggantikan PAS.

Pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming sebaliknya berkata, pandangan pihak tertentu kononnya ketiadaan PAS akan menyebabkan Pakatan Harapan kehilangan undi Melayu tidak benar kerana PAN mampu meraih undi Melayu bagi pihak DAP dan PKR.

“Hujah ini bermasalah. Andaian hanya PAS (parti pembangkang) boleh menang di kawasan luar bandar perlu diperiksa semula, daripada 15 kerusi Parlimen yang pembangkang menang pada 2008 tetapi gagal mempertahankan pada tahun 2013, sebanyak 10 kerusi itu adalah di kubu kuat PAS iaitu Kedah dan Kelantan.

“Ia disebabkan pimpinan PAS tidak cekap mentadbir kerajaan negeri. Malah menjadi kebimbangan PAS mungkin tidak dapat mempertahankan kerajaan Kelantan selepas kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kian Ming berkata, hujah ketiadaan PAS menyebabkan Pakatan Harapan tidak dapat undi Melayu juga tidak benar kerana kerajaan PAS Kelantan terbukti tidak berupaya mengambil tindakan sistematik selepas bencana banjir melanda negeri itu.

Justeru, katanya, PAN yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang disingkirkan dalam pemilihan parti itu Jun lalu perlu dibantu sebaik mungkin untuk mendapatkan sokongan Melayu luar bandar bagi pihak Pakatan Harapan.

“Terdapat perkembangan menggalakkan apabila lebih 8,000 keahlian diterima PAN di Kelantan. PAN juga dijangka akan kuat di selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau turut menerangkan, mempunyai PAN sebagai parti Islam progresif yang baharu untuk memenangi masyarakat Melayu bagi pihak DAP dan PRK merupakan satu perkembangan yang baik untuk Pakatan Harapan.

“Lagipun, kemungkinan PAS bakal mempunyai hubungan kerja yang sangat rapat dengan (parti Melayu) UMNO sudah semakin jelas,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd