• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Rempit Rempuh Pegawai Trafik Hingga Maut Diburu

oleh Ahmad Albab
09/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pihak polis sedang memburu seorang remaja yang dipercayai Mat Rempit yang merempuh hingga membawa kematian seorang pegawai polis wanita pada sekatan jalan raya di Johor semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya sedang mengadakan pelbagai operasi dan sekatan jalan untuk memburu suspek berkenaan yang menyebabkan kematian Inspektor Margaret Tagum Anak Goen, 32, dari Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

“Kita mengambil serius perkara ini dan polis akan memastikan mereka yang terlibat dalam kejadian itu dapat ditangkap dan dikenakan tindakan yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-77 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Pihak polis akan menjalankan pelbagai usaha untuk menahan suspek yang mungkin boleh membahaya nyawa orang lain sekiranya dibiarkan, katanya.

Tagum yang cedera parah meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Kejadian berlaku ketika beliau bersama anggota polis yang lain sedang mengadakan Ops Roda/Rempit di Km 58, Jalan Batu Pahat-Mersing.

Mengenai perhimpunan haram Bersih, Noor Rashid berkata pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kejadian yang berlaku semasa perhimpunan minggu lepas.

“Banyak kertas siasatan dibuka, ada di bawah akta hasutan, ada di bawah akta perhimpunan awam dan ada yang siasat kerana merosakkan harta awam dan berbagai siasatan lain,” katanya.

Berhubung insiden memijak gambar perdana menteri dan presiden PAS semasa perhimpunan itu, beliau berkata polis sedang mengenal pasti individu berkenaan dan mereka akan dipanggil untuk mendapatkan keterangan sebelum polis membuat sebarang keputusan.

“Kita akan melengkapkan siasatan dengan memanggil semua yang kita dapati terlibat termasuk mereka yang memijak gambar pemimpin,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mat Rempitpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd