• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Laksana R&D Untuk Hasil Produk Baharu Berasaskan Sawit

oleh Ahmad Albab
07/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia akan terus menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk baharu berasaskan sawit, termasuk nutraseutikal dan farmaseutikal, untuk komuniti dunia.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di US, Eropah, Afrika, Pakistan dan China akan membantu industri itu dengan bekerja terus bersama pihak berkuasa dan penggiat industri bagi meningkatkan penggunaan minyak sawit untuk makanan dan sektor bukan makanan.

Dalam ucapan perasmian Program ke-35 Familiarasi Minyak Sawit di sini hari ini, Uggah berkata minyak sawit menawarkan kelebihan saingan berbanding minyak makan lain untuk digunakan dalam sektor makanan dan bukan makanan.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi MPOB Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

“Kami menjalankan penyelidik ekstensif bersama pusat kecemerlangan antarabangsa sebagai respons kami terhadap kempen anti minyak sawit, terutama mengenai aspek nutrisi.

“Kajian ini sudah membuktikan bahawa minyak sawit kaya dengan nutrisi,”katanya.

Uggah berkata kejayaan industri minyak sawit turut menarik penentang yangmendakwa pembangunan kelapa sawit menyumbang kepada pemusnahan hutan dan menyebabkan hidupan liar kehilangan habiat masing-masing.

Beliau berkata pembangunan ladang sawit di Malaysia mematuhi peraturan, dan ditanam di kawasan yang diperuntukan untuk kegunaan pertanian.

Ia memenuhi komitmen negara yang dibuat pada Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil bagi mememastkan sekurang-kurangnya separuh daripada keluasan tanahnya dilindungi hutan,” katanya.

“Selain itu, industri itu menggalakkan penggunaan amalan lestari, termasuk pensijilan minyak sawit lestari menerusi inisiatif yang diketuai industri dalam rangka kerja Rundingan Minyak Sawit Lestari (RSPO).

“Kini terdapat seluas 1.29 juta hektar ladang kelapa sawit di Malaysia yang sudah memperoleh sijil RSPO, yang menyumbang sebanyak 4.8 juta tan minyak sawit lestari,” katanya. – BERNAMA

Tags: kelapa sawit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mat Rempit Rempuh Pegawai Trafik Hingga Maut Diburu

Next Post

Identiti 12 Lagi Mayat Mangsa Bot Karam Dikenal Pasti

Related Posts

Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah

Remaja Curi 14 Tandan Kelapa Sawit, Sumbat Dalam Kancil

31/01/2024
0

HULU TERENGGANU - Tindakan seorang remaja lelaki mencuri buah kelapa sawit menggunakan kereta jenis Perodua Kancil tidak kesampaian apabila ditahan...

Buruh Paksa Bukan Lagi Isu Sawit Negara Ini

22/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Amalan buruh paksa bukan lagi isu di negara ini, berikutan tindakan kerajaan melaksanakan pelbagai langkah menanganinya, termasuk...

Next Post

Identiti 12 Lagi Mayat Mangsa Bot Karam Dikenal Pasti

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd