• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Warga Nepal Ditahan Selepas Ugut Polis Dengan Pisau

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Nepal selepas kira-kira dua jam mengugut anggota polis dengan pisau dan mencederakan dirinya di sebuah pangsapuri di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata sebelum kejadian, lelaki berusia 30-an yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kilang di sini dipercayai dalam keadaan mabuk sebelum bergaduh dengan beberapa rakan senegaranya yang menghuni rumah sama.

Beliau berkata suspek turut menumbuk cermin di rumah itu sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian tangannya.

“Polis menerima panggilan pada kira-kira 2 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian dan mangsa yang tiba-tiba panik dengan kehadiran polis mengambil pisau dan mengacukan kepada anggota terlibat.

“Polis juga bertindak mengepung laluan keluar di tingkat satu pangsapuri itu untuk menahannya yang semakin bertindak agresif sebelum berjaya ditahan pukul 4 pagi tadi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=Cz1CEVJesPQ

Tags: Kes Ugutpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd