Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Volvo Malaysia Sasar 5...

KUALA LUMPUR - Volvo Car Manufacturing Malaysia Sdn Bhd menyasarkan pasaran eksport lebih...

Sasar Pengeluaran Ikan Akuakultur...

TEMERLOH - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasar pengeluaran ikan akuakultur Pahang...

Kes Baharu COVID-19 Menurun...

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 menurun ke dua angka berbanding tiga angka semalam...

TMJ Guna Morgan 3...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menggunakan kenderaan...

Lebih 1,000 Penduduk 8 Kampung Di Changlun Alami Banjir

CHANGLUN – Lebih 1,000 penduduk dari lapan buah kampung di sini dilapor terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat yang turun sejak dua hari lepas.

Kampung tersebut ialah Kampung Paya Nomi, Kampung Belukar, Kampung Rantau, Pekan Changlun, Kampung Sungai Petani, Taman Rasa Sayang, Kampung Bendang Ceruk dan Kampung Padang Pasir yang melibatkan kira-kira 600 buah rumah.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kubang Pasu, Kamarulzaman Kasa berkata banjir mula berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi tadi akibat limpahan air Sungai Changlun.

Namun beliau berkata setakat ini belum berlaku pemindahan penduduk.

“Setakat ini air yang naik adalah sedalam antara 0.5 hingga 1 meter. Pemindahan akan dibuat sekiranya keadaan memerlukan,” katanya.


Seorang penduduk di Pekan Changlun, Rozali Man, 50, berkata air mula melimpahi halaman rumahnya kira-kira tengah malam tadi dan mula memasuki ke dalam rumahnya kira-kira 9 pagi.

“Kami sekeluarga telah membuat persediaan awal dengan mengangkat dan menyimpan barangan penting di tempat tinggi sebelum air mula melimpahi ke setiap ruang rumah satu tingkat kami,” katanya dan menambah mereka turut bersedia untuk dipindahkan.

Sabrie Arsula, 70, juga dari Pekan Changlun berkata air mula masuk ke dalam rumahnya kira-kira pukul 4.30 pagi tadi.

Katanya air Sungai Changlun yang terletak tidak jauh dari rumahnya melimpah dengan cepat menyebabkan semua rumah berhampiran dinaiki air. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori