• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kubur Lama Di Tengah Jalan Raya Muncul Di China

oleh
09/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Jika di Indiana, Amerika Syarikat (AS), ada sebuah kubur lama yang sensasi menyebabkan sebatang jalan raya terpaksa dibuat pembahagi di tengah laluan itu pada 1912, kali ini kisah sama berlaku di China pula.

Bezanya, kubur Nancy Kerlin Barnett di AS tersebut milik cicit kepada tokoh wanita legenda kaum Red Indian terkenal, Pocahontas, sebaliknya di China, pusara itu hanya persemadian mayat orang yang bertaraf biasa sahaja.

Menurut laporan akhbar tempatan, kubur unik itu kini menjadi daya tarikan untuk para pelancong luar kerana binaannya terletak betul-betul di tengah sebatang jalan raya sibuk di bandar raya Shangrao, wilayah Jiangxi.

Baca: Kubur Paling Rare Diletakkan Di Tengah-Tengah Jalan

nail-grave-jx2

Ia merupakan kubur ibu kepada seorang petani yang bernama Zhang Rongsheng di situ yang dikebumikan lebih 55 tahun lalu sebelum pihak berkuasa Jiangxi mula membina jalan baharu sepanjang 363 meter pada 2013.

Lelaki tersebut namun menolak usaha pemindahan kubur ibunya kerana kadar ganti rugi daripada pihak pemaju jalan raya itu tidak bersesuaian dengan harga yang dimintanya iaitu 600,000 yuan (kira-kira RM405,508).

Zhang menuntut nilai harga ganti rugi berkenaan kerana kebetulan kubur mendiang bapa dan saudara-maranya juga dikatakan disemadikan berdekatan sahaja dengan tapak pusara ibunya itu sejak dekad 1950-an lagi.

nail-grave-jx3

Media melaporkan, jalan pintasan itu merupakan projek besar hasil inisiatif pemerintah setempat dan beberapa syarikat tempatan yang dianggarkan menelan kos pembinaan sebanyak 13 juta yuan (kira-kira RM8.8 juta).

Kadar pampasan diminta Zhang gagal mencapai kata sepakat dan akhirnya pihak pemaju tetap berkeras membina jalan enam lorong di sekitar kubur lama itu, tetapi projek tersebut hanya berjaya disiapkan pada Februari lalu.

Bagaimanapun ada kalangan penduduk berasa tidak puas hati dengan lokasi kubur diletakkan di tengah-tengah jalan itu kerana ia bukan milik pahlawan mahupun tokoh terkenal tempatan. – Agensi/Mynewshub/HAA

https://youtube.com/watch?v=OPDLJJwdXXQ

Tags: Chinakuburyuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd