• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuasa Tertentu Memang Milik Kerajaan Negeri Ikut Perjanjian Malaysia

oleh Ahmad Albab
18/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Hak Sarawak berbeza dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan kuasa yang diperuntukkan kepada negeri ini tidak sepatutnya diambil alih kerajaan persekutuan, kata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem yang menjadi antara tuntutan yang melonjakkan lagi populariti beliau di Bumi Kenyalang ini.

Menurutnya beliau hanya menuntut perkara yang dimeterai dalam perjanjian pembentukan Malaysia 1963 yang memberikan beberapa kuasa dalam bidang-bidang tertentu kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata pada peringkat awal mungkin rakyat Sarawak tidak kisah apabila kuasanya diambil alih kerajaan persekutuan sedikit demi sedikit, walaupun semasa timbul kemungkinan berlaku pertindihan kuasa.

“Sekarang orang dah pintar dan mempunyai keyakinan diri untuk mentadbir negeri, kita mahu kuasa itu dikembali, bukan ertinya kita mahu keluar dari Malaysia,” katanya mengikut transkrip yang dipetik dari program ‘Soal Jawab’ yang disiarkan stesen televisyen TV3, baru-baru ini.

“Kita akan kekal selamanya sebagai sebuah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia. Apa yang kita mahu adalah pentadbiran negeri lancar. Bidang tertentu sepatutnya ditadbir urus kerajaan negeri, tidak sepenuhnya di bawah Kerajaan Pusat,” tambahnya.

“Cuma apa yang kita mahu adalah bidang tertentu ditadbir kerajaan negeri, mungkin kita boleh tadbir lebih baik daripada Kerajaan Pusat,” tambahnya.

Dua hari lepas dalam suasana negara menyambut Hari Malaysia dengan tema ‘Sehati Sejiwa’, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerangkan dengan lebih lanjut mengenai konsep penurunan kuasa yang merujuk kepada beberapa langkah yang bakal menyaksikan kerajaan negeri diberi peranan lebih besar dalam menentukan projek-projek tertentu khususnya projek keutamaan.

Penerangannya itu disambut dengan respons amat positif seluruh kepimpinan di Sabah dan Sarawak, lebih-lebih lagi semasa Adenan yang akan menerajui Barisan Nasional Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang, sentiasa mengingatkan orang ramai mengenainya, dengan hasrat mendapatkan mandat bagi menerajui kepimpinan negeri menurutnya “selama lima tahun sahaja lagi”.

Salah satu lagi tuntutan beliau yang turut menjadikan beliau idola rakyat tempatan ialah gesaan untuk menaikkan pembayaran royalti minyak dan gas dari lima peratus ketika ini kepada 20 peratus.

“Lima peratus yang diperuntukkan sekarang sudah ketinggalan zaman dan hanya sesuai 40 hingga 50 tahun lalu….Kuching dan Kuala Lumpur, kita susah senang bersama. Tapi bila Kuala Lumpur senang  jangan lupakan kita,” katanya.

Semasa dirujuk mengenai keharmonian mantap penduduk Sarawak, Adenan berkata sikap toleransi sangat penting, bukan hanya sesama kaum sendiri, tapi perlu turut mengambil kira kaum lain.

“Sarawak sejak dahulu hingga sekarang menerapkan budaya saling menghormati. Jangan anggap bumiputera itu hanya Melayu dan Islam. Perlu ingat ada lagi kaum (bumiputera) lain seperti Iban dan Melanau,” katanya.

Program itu juga menyaksikan beliau mengetengahkan soal penempatan guru-guru dari Semenanjung, dengan memberi contoh guru-guru dari Kelantan dan Terengganu beragama Islam misalnya, dihantar ke kawasan bukan Islam seperti kawasan Kelabit dan Kenyah.

“Ramai tidak puas hati sehingga menimbulkan salah faham. Ramai (guru) yang mahu balik, boleh, tapi kita kenakan syarat, kekosongan mereka perlu diisi oleh anak tempatan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau turut menerangkan bahawa panggilan ‘orang Malaya’ oleh penduduk Sarawak kepada penduduk Semenanjung bukanlah berupa penghinaan, atau dicetuskan oleh apa-apa niat terselindung.

“Itu gelaran sejak lama dulu. Sebelum pembentukan Malaysia. Orang Sarawak panggil Malaya berdasarkan nama asal Persekutuan Tanah Melayu atau nama pendeknya Malaya. Tak apalah kerana ia bukan dibangkitkan untuk mewujudkan ketegangan. Itu tradisi. Lagipun, kita nyanyi lagu kebangsaan yang sama iaitu Negaraku. Tiada guna berselisih kerana kita sama-sama rakyat Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemKerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Himpunan Rakyat Bersatu’: Penganjur Sedia Bayar Bil RM50k

Next Post

Tiada Kebakaran Pada Pusat Penginapan Jemaah Malaysia – TH

Related Posts

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

17/06/2025
0

IPOH – Kerajaan bersedia meneliti semula pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekiranya terdapat kelompongan atau aduan berhubung pelaksanaannya...

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Next Post

Tiada Kebakaran Pada Pusat Penginapan Jemaah Malaysia - TH

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd