• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuasa Rakyat Pilih Kerajaan Ketika Pilihan Raya – Najib

oleh Ahmad Albab
06/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ‘people’s power‘ atau kuasa rakyat untuk memilih kerajaan hanya boleh digunakan sewaktu pilihan raya.

Beliau berkata, ketika itu rakyat berhak menghukum dan mengadili pemimpin yang mereka suka atau benci.

“Waktu pilihan rayalah waktu kita serah kepada rakyat untuk memilih kerajaan. Hukumilah kita, adililah kita sebagai kerajaan pada hari ini sama ada baik atau tidak, rakyat boleh tentukan.

“Di antara pilihan raya, kita tak boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara kita,” katanya ketika berucap merasmikan Festival Rakyat@Pasir Salak di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, di sini Jumaat malam.

Najib berkata kerajaan pada hari ini bukanlah tidak mahu diadili rakyat kerana kerajaan menyedari rakyat yang menentukan segala-galanya.

Bagaimanapun, beliau berkata perlembagaan menyatakan bahawa kuasa rakyat untuk berbuat demikian hanya sekali dalam lima tahun.

“Rakyat dapat kuasa bukan disebabkan memakai baju yang satu warna, apatah lagi dengan sikap angkuh, biadap dan keterlaluan menghina pemimpin-pemimpin parti politik dan kerajaan itu dianggap sebagai cerminan isi hati rakyat.

“Kita bukan jenis manusia seperti itu, kita membangunkan negara dengan kesantunan akhlak dan nilai walaupun kita berbeza pendapat, tetapi kita tidak mengaibkan mana-mana orang.

“Saya dan rakan-rakan sanggup diadili, waktu pilihan raya, sekiranya tidak suka saya boleh bertanding di Pekan (Pahang) umpamanya, saya terima siapa nak bertanding di Pekan,” katanya.

Perdana menteri berkata pada ketika pilihan raya barulah diketahui sama ada rakyat bersama kerajaan atau tidak.

Beliau berkata dalam tempoh lima tahun, sudah tentu adakalanya keadaan baik atau sebaliknya.

Namun, tegasnya, rakyat tidak sepatutnya membiarkan kerajaan dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan dengan mengetepikan proses demokrasi.

“Kita negara yang aman dan mengamalkan demokrasi, bukan mengamalkan undang-undang rimba dan boleh berbuat sesuka hati sehingga menyebabkan kerajaan boleh tumbang,” katanya.

Beliau berkata kerajaan mempunyai perancangan untuk membantu rakyat namun ia telah disalah erti seolah-olah kerajaan ingin membebankan rakyat seperti pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau menarik perhatian bahawa menukar kerajaan melalui kekerasan boleh mengundang masalah yang lebih buruk seperti yang dialami beberapa negara Timur Tengah.

Terdahulu, Najib menyusuri Sungai Perak ke tapak festival dari Resort Pasir Salak.

Lebih 20,000 penduduk setempat menghadiri festival itu.

Festival tiga hari bermula hari ini antaranya menyemarakkan semangat patriotik serta cintakan negara terutama rakyat Malaysia dan memaparkan sumbangan kerajaan dalam pembangunan negara terutama sektor pertanian melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Aktiviti menarik sepanjang festival itu ialah pameran dan jualan, pertandingan, demonstrasi dan pertunjukan, aktiviti riadah serta hiburan. – BERNAMA

 

Tags: Najib Tun RazakPilihan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

25/12/2025
0

KANGAR - Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat...

PM Gay Pertama Ireland, Buat Kejutan Letak Jawatan

Prabowo Menang Jawatan Presiden Indonesia – Suruhanjaya Pilihan Raya

21/03/2024
0

JAKARTA: Prabowo Subianto dipilih sebagai presiden negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd