Thursday, May 16, 2024

Creating liberating content

Cubaan 2 Lelaki Tempatan...

JOHOR BAHRU – Cubaan dua lelaki tempatan untuk menyeludup masuk lima pendatang asing...

Wan Ahmad Fayhsal Perlu...

SHAH ALAM - MCA meminta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal...

Pembedahan Otak Ubah Kehidupan...

LONDON  – Seorang model Playboy, Brit Kerri Parker yang menjalani kehidupan mewah akhirnya...

Kaki Gunung Keriang Jadi...

ALOR SETAR - Kira-kira 500 penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Keriang dekat sini...

KJ, Mat Taib Keluar PAS Masuk PKR, Bukan PAN!

JANGAN salah faham, KJ yang dimaksudkan ini bukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen BN Rembau merangkap Menteri Belia dan Sukan serta Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga lebih mesra dipanggil KJ.

Namun KJ yang ini ialah Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat di Kelantan dan beliau sebelum zaman kemunculan Khairy Jamaluddin turut dikenali dalam kalangan penganalisis politik tanah air dengan akronim KJ.

Alkisah bagi generasi lama ketika era reformasi selepas pemecatan Anwar Ibrahim oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 1998, Kamaruddin pernah dilantik sebagai Exco Pemuda UMNO zaman Anwar menjadi ketua pemudanya.

Malangnya ramai berasa amat terkejut apabila Kamaruddin mengumumkan menyertai PAS pada 1999 hingga ‘geleng kepala’ tidak percaya beliau tergamak tidak jadi ahli PKR, parti baharu yang diasaskan bekas bosnya itu.

Ramai hairan macam mana orang kuat Anwar boleh masuk PAS bukannya PKR, parti diwujudkan oleh Anwar, keluarga dan penyokong gerakan reformasi ketika itu tanpa menyedari ia adalah strategi halus Anwar sendiri.

Screen Shot 2015-09-11 at 4.47.26 PM

Teka-teki tersebut kemudian terjawab apabila Kamaruddin dijadikan Setiausaha Agung PAS dan menyusun atur itu dan ini dalam parti Islam tersebut, sehingga habis celaru tunggang langgang mengikut acuan ditetapkan Anwar.

Ramai ahli PAS akar umbi dilaporkan marah dengan Kamaruddin tetapi mereka terpaksa akur diam membisu bodoh sehinggalah jawatan itu kemudian diganti Datuk Mustafa Ali dan kini disandang Datuk Takiyuddin Hassan.

Pada Jumaat, sempena penghulu segala hari ketika ramai menjangkakan KJ ini akan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) yang dipimpin Mohamad Sabu, beliau membongkar wajahnya tetap setia kekal dengan Anwar.

Apabila ramai pemimpin PAS yang tewas pada muktamar lalu merintis penubuhan Gerakan Harapan Baru sebagai serpihan PAS dengan mewujudkan PAN, Kamaruddin tetap Kamaruddin iaitu orang Anwar dulu, kini, selamanya.

Screen Shot 2015-09-11 at 4.47.57 PM

Kemasukan beliau ke dalam PKR diumumkan presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media khas di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, Selangor pada 11 September yang agak sinonim dengan tragedi berdarah 9/11.


Menurut ketua pembangkang itu, KJ dijangka memperkukuh Pejabat Ketua Umum PKR iaitu Anwar selain berperanan sebagai Pengarah Politik dan Dasar bagi memberi input kepada Presiden dan Timbalan Presiden.

“Beliau turut memperkukuhkan rangkaian dengan NGO Islam untuk membawa perubahan dalam negara dan jaringan bersama negara-negara Islam dan serantau,” kata Wan Azizah dalam pengumuman bersejarah itu.

Kemasukan KJ nekad ke dalam PKR dan bukannya PAN, ibarat sirih pulang ke gagang atau belut pulang ke selut atau dalam kata mudahnya kembali ke pangkal jalan, menurut laporan analisis portal berita AgendaDaily.

Turut hadir ialah anak sulung pasangan Anwar dan Wan Azizah, Nurul Izzah selaku Naib Presiden PKR; Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin.

harapan_baru_pc1

Tidak kurang menariknya ialah mengenai bekas pemimpin UMNO dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhd. Muhamad Taib, yang sebelum ini menyertai PAS dan konon mahu masuk PAN tetapi kini melompat ke PKR pula.

Sebagai orang lama politik, barangkali beliau yang mesra disebut Mat Taib seperti juga KJ, pasti tidak nampak masa depan cerah PAN yang dipimpin oleh bekas timbalan presiden PAS dan dikenali dengan nama Mat Sabu.

Jelas Wan Azizah, Mat Taib akan berperanan dalam Biro Penerangan dan Komunikasi PKR terutamanya untuk menyebarkan dakyah parti terhadap masyarakat luar bandar termasuk komuniti Felda yang diketahui Pro-BN.

Fungsi Mat Taib ujar Wan Azizah, adalah sebahagian daripada usaha jentera propaganda PKR untuk meraih sokongan penduduk luar bandar selepas lebih sedekad menjadikan pengundi bandar sebagai teras sokongan.

Persoalannya, apakah status sumpah setia dan ikrah bai’ah Kamaruddin yang pasti jatuh talak terhadap isterinya sendiri apabila sengaja meninggalkan PAS untuk menyertai parti lain? Wallahu’alam. – Agensi/Mynewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori