• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Denggi Di Kelantan Turun 83 Peratus

oleh Ahmad Albab
10/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Kelantan mencatatkan penurunan kes denggi sebanyak 83 peratus kepada 1,746 kes bagi tempoh Januari hingga 5 Sept tahun ini berbanding 10,331 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Dr Ramli Mamat berkata perkembangan positif itu hasil langkah kawalan dan pencegahan secara rutin yang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Kelantan selain pemerkasaan aktiviti pendidikan kesihatan kepada masyarakat.

“Kes kematian akibat wabak denggi juga menurun kepada empat kes berbanding 16 kematian tahun lepas sepanjang tempoh sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong-Royong Perdana Peringkat Jajahan Kota Baharu di Pondok Terusan, Pasir Tumboh di sini, Khamis.

Beliau berkata bagaimanapun selepas musim perayaan terdapat peningkatan kes denggi mingguan yang direkodkan di beberapa jajahan termasuk Kota Baharu, Pasir Mas dan Gua Musang.

Sehubungan itu katanya, langkah kawalan dan pencegahan akan diperkasa di lokasi yang dikenal pasti terutama di Kota Baharu yang mencatat kes tertinggi iaitu 792 kes setakat ini.

Beliau berkata antara aktiviti kawalan itu termasuk Semburan Ruang Thermal (SRT), penghapusan tempat pembiakan nyamuk aedes dan semburan Ultra Low Volume (ULV) di semua kawasan yang berisiko.

“Aktiviti penguatkuasaan juga telah dipergiat dan dilakukan di semua premis yang diperiksa bagi memastikan wabak denggi dapat dikawal,” katanya.

Dr Ramli berkata hasil analisis tahun ini mendapati masih banyak tempat pembiakan nyamuk aedes dijumpai di luar kawasan rumah terutama dalam bekas plastik terbuang dan bahan terpakai.

Katanya, langkah pencegahan secara efektif perlu terus dilakukan oleh masyarakat melalui penjagaan kebersihan di sekitar kediaman bagi membasmi lokasi pembiakan nyamuk aedes. – BERNAMA

Tags: denggiKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd