• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepala Tertusuk Anak Panah Ketika Latihan Memanah

oleh Ahmad Albab
27/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Seorang budak lelaki nyata panjang umur apabila terselamat walaupun kepalanya ditusuk anak panah dalam kemalangan ketika menghadiri latihan di kelab memanah.

Ritvik Ankush Tarte, 11 tahun; tersilap melangkah ke zon larangan ketika latihan memanah mingguannya sekali gus menyebabkan kepalanya dipanah, lapor media tempatan di India.

Anak panah itu menembusi tengkorak Ritvik di sebelah kanan kepalanya manakala hujungnya terkeluar di kirinya.

Guru bertugas bergegas membawanya ke Hospital dan Pusat Kajian Manik di Ahmednagar sebelum pasukan doktor diketuai Dr. Jeevan Rajput melakukan pembedahan selama tiga jam untuk membuang anak panah itu.

“Kami dapat izin daripada gurunya untuk buat pembedahan kecemasan itu selepas imbasan CT pada otaknya menunjukkan lokasi anak panah yang membolehkan kami buat bukaan pada kedua-dua belah tengkoraknya itu.

“Dia amat bernasib baik, anak panah itu nyaris terkena pada bahagian penting otak,” kata Dr. Jeevan.

Katanya, Ritvik semakin sembuh dan berkemungkinan besar tiada masalah saraf, ingatan atau personaliti akibat kejadian tersebut.

Bapa Ritvik, Ankush Babban Tarte, 40 tahun; dan ibu, Shwini, 35 tahun; berkata, mereka segera ke hospital sebaik mengetahui kejadian.

“Ritvik amat meminati sukan ini. Kami tidak pernah menjangka kejadian seumpama ini berlaku. Harapnya tiada komplikasi lain,” kata Ankush.

Kejadian itu juga tidak mematahkan cintanya terhadap sukan itu, malah bercadang kembali ke kelab memanahnya bulan depan. – Agensi

https://youtu.be/xiQFFZZ27xw

Tags: Indiamemanah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd