LOS ANGELES – Kebakaran hutan di California Utara menyebabkan beratus-ratus rumah musnah dan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan.
Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, Daniel Berlant berkata, angin kencang dan cuaca panas menyebabkan kebakaran hutan itu merebak dengan cepat.
Katanya, kejadian itu menyebabkan empat anggota bomba cedera dan hampir 10,117 hektar kawasan hutan di Lake County dijilat api.
Api marak kawasan hutan seluas 26,305 hektar di daerah Amador dan Calaveras dan 15 peratus sahaja yang dapat dikawal.
Katanya, hampir 4,000 anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran hutan yang memusnahkan 86 kediaman dan 51 bangunan setakat ini.
Kebakaran hutan di barat Amerika Syarikat yang dilanda kemarau itu mungkin mencipta rekod sebagai yang paling mahal untuk dipadamkan.
Kata Berlant, setakat ini lebih AS$212 juta (RM913 juta) dibelanjakan untuk memadamkan kebakaran sejak Julai lalu.
“Kira-kira 5,000 anggota bomba masih ditempatkan di kawasan kebakaran utama,†jelasnya.
Sementara itu, empat anggota bomba yang melecur kedua berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Pusat Perubatan Davis. – AFP/myMetro Online
https://www.youtube.com/watch?v=DRGu_UwDffw