• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Kualiti Udara Pekanbaru Cecah Tahap ‘Super’ Bahaya!

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIAP kali berasa ketat dada, sakit kerongkong dan gatal-gatal mata bila berada di luar gara-gara jerebu maka hati kita pasti mengumam marah terhadap puncanya.

Namun tahukah anda, pembakaran hutan yang kesannya sampai ke tempat kita ini lebih azab lagi dirasakan penduduk yang lebih hampir dengan lokasi punca terutama di negara seberang Indonesia.

CO1nnmDUkAE8vS9.png large

Jika bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) lebih 100 yang dicatat di tempat kita sudah mampu mengundang rasa tak selesa, tahukah anda bacaan IPU di Palembang adalah 550 manakala di Pekanbaru… mencatat hingga 984!

Berdasarkan indeks IPU, angka ini jauh melepasi tahap ‘berbahaya’ iaitu antara IPU 300 hingga 500.

Sehubungan itu, sesi persekolahan di Pekanbaru dihentikan seketika untuk keselamatan pelajar.

Apa yang menyedihkan, sebilangan kanak-kanak telah pun menjadi mangsa pencemaran udara apabila dikesan mengalami jangkitan pada saluran pernafasan.

pemakaian-masker-wajib-karena-kabut-asap-bisa-sebabkan-ispa

“Bagaimana dengan nasib anak-anak kami? Sudah 18 tahun keadaan berlarutan begini. Kami tak perlu tahu informasi tentang titik panas tapi usaha memadam kebakaran yang diambil,” ujar salah seorang penduduk setempat, Aulia Faisal.

Dalam pada itu Ketua Data, Informasi dan Perhubungan Awam Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkeluh kesah, api sukar dipadamkan dalam keadaan cuaca panas sekarang kerana di saat satu titik api berjaya dipadam muncul pula titik api baharu di tempat lain.

150914041114_sutopo_haze_sumatera_549x549_twitter

Maka saat pembakaran dijangka dapat dikawal sepenuhnya adalah pada awal Disember nanti, bila mana bermulanya musim hujan.

Pada masa sama Menteri Lingkungan Hidup dan Perhutanan Indonesia Siti Nurbaya mengancam akan menarik balik permit yang diberikan kepada 10 syarikat yang didapati terlibat dengan pembakaran hutan sekarang ini.

Bagaimanapun seperti rakyat Pekanbaru sendiri yang tak ingin lagi mahu tahu soal titik api atau IPU tetapi bila kebakaran hutan mereka akan padam, kita di Malaysia juga tak ingin campur urusan permit segala tetapi mahu kerajaan Indonesia berbuat sesuatu untuk pastikan pembakaran yang berlaku saban tahun ini akhirnya berhenti menyesakkan dada rakyat di negara jiran mereka! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Tags: IPUJerebuPekanbaru
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd