Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Projek ECRL: Malaysia-China Tubuh...

PUTRAJAYA - Sebuah syarikat usahasama di antara Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL)...

Gaji Minimum RM1,200 Sebulan...

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan bahawa kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di...

Sukan SEA Kemboja 2023:...

PHNOM PENH – Kontinjen Malaysia akhirnya memperoleh pingat pertama di Sukan SEA Kemboja...

Mahathir Tidak Layak Digelar...

KAMPUNG GAJAH – Kritikan dan tohmahan dilemparkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),...

Hujan Adakan Konsert Rai Ulang Tahun Ke-10

BUKAN mudah untuk satu-satu kumpulan mengekalkan momentum mereka, apatah lagi selama 10 tahun.

Satu dekad bukan satu jangka masa yang singkat, namun band Hujan masih mampu mengekalkan kegemilangan mereka seperti mana di awal kemunculan mereka dahulu.

Dalam menghargai peminat yang sekian lama menyokong aktiviti seni mereka, Hujan telah menghadiahkan satu konsert ulang tahun ke-10 khas buat anda yang tidak jemu-jemu menyokong karier seni Hujan yang dianggotai oleh Noh Salleh, AG Coco, Izzat Uzaini dan Azham Ahmad.

Menurut vokalisnya, Noh memetik Tonton Extra; “Secara jujur, saya sendiri tidak pernah menjangkakan Hujan akan berada di arus muzik perdana dan mampu bertahan selama 10 tahun. Perkara ini sangat istimewa dan kami bersyukur kerana disokong keluarga, kawan-kawan dan juga Raingers (panggilan untuk peminat Hujan).”


Konsert #Hujan10tahun akan diadakan pada 31 Oktober ini bertempat di KL Live, Life Centre pada jam 4 petang.

Tiket berharga RM53 sudah mula dijual dan boleh didapati menerusi laman web www.galactix.asia/hujan10tahun. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori