• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hati-Hati Beli Suplemen Kesihatan Untuk Pelajar

oleh Ahmad Albab
03/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Ibu bapa perlu memastikan makanan kesihatan yang diberi kepada anak mereka tidak mengandungi unsur keracunan dan boleh memudaratkan kesihatan terutamanya dalam usaha untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusoff berkata segelintir ibu bapa mudah terpengaruh membeli makanan kesihatan untuk meningkatkan minda pelajar terutama pada musim peperiksaan tanpa mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa kesihatan terlebih dahulu.

Menurutnya pelbagai jenis makanan tambahan terutamanya yang diimport dari luar yang dikatakan boleh membantu meningkatkan minda pelajar, tahan mengantuk dan cergas, dijual secara terbuka yang didapati tidak mendapat pengesahan daripada pihak kesihatan.

“Kita bimbang dengan keghairahan ibu bapa untuk membantu anak-anak dalam peperiksaan dengan membeli makanan tambahan kepada mereka boleh memudaratkan jika bahan yang dibeli merupakan bahan tiruan yang boleh menjejas kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas berjumpa calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di SK Alor Lintah di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata setakat ini belum ada lagi kes membabitkan keracunan kepada para pelajar di negeri itu yang mendapatkan makanan tambahan kesihatan untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Pehimi berkata pihaknya menyediakan hadiah berupa peruntukan RM20,000 kepada mana-mana sekolah di Dewan Undangan Negeri Jerteh yang berjaya meningkatkan prestasi pencapaian UPSR tahun ini.

Katanya sekolah terbaik di peringkat negeri akan menerima peruntukan tersebut di samping para guru sekolah berkenaan pula akan dibawa pergi melancong pada akhir tahun ini.

Sempena Program Bertemu Calon UPSR DUN Jerteh, Muhammad Pehimi melawat 12 sekolah dan beliau turut menyumbangkan alat tulis kepada pelajar bagi persediaan mereka menghadapi UPSR yang bermula pada 8 hingga 10 Sept ini. – BERNAMA

Tags: pelajarubat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd