• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Serah Pada Polis Ambil Tindakan Individu Pijak Gambarnya & PM

oleh Ahmad Albab
09/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan susulan terhadap individu yang memijak gambarnya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini.

Beliau berkata tindakan itu merupakan satu perbuatan tidak matang.

“Ini perbuatan kebudak-budakan, tidak matang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini.

Perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung pada 29 dan 30 Ogos di ibu negara tercemar berikutan terdapat beberapa individu memijak gambar kedua-dua pemimpin berkenaan.

Sehubungan itu, polis pada minggu lalu menawarkan ganjaran kewangan kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu yang terlibat dalam insiden itu.

Sementara itu di BESUT, Pengarah Bahagian Modal Insan Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri Dr Roslan Husain berkata perbuatan biadab itu bukan merupakan budaya Malaysia malah hanya didorong oleh emosi untuk meniru budaya luar semata-mata.

Katanya sesiapa sahaja kalau bertindak mengikut emosi akan lebih terdorong melakukan sesuatu perkara bercanggah dengan keperluan masyarakat yang tidak akan memberi sebarang faedah kepada semua.

“Inilah dikatakan perundangan tidak digunakan sebagai satu alat keharmonian bagi memastikan negara berada dalam landasan yang sebenar oleh sesetengah rakyat.

“Kalau kita berasa tidak senang dengan seseorang tokoh maka kita perlu mengawal emosi kerana ia boleh dilakukan secara berhemah berlandaskan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Program Patriotik Malaysia Sehati-Sejiwa anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) dan Biro Tatanegara di IPGKSM.

Roslan bagaimanapun tidak menganggap perbuatan itu membuktikan jati diri rakyat terutamanya kalangan remaja semakin luntur kerana mengikut ukuran pihak BTN jati diri majoriti remaja terhadap negara masih lagi menebal dan tidak boleh dipertikaikan. – BERNAMA

Tags: Hadi Awangpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd