Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Jabatan Bomba, Penyelamat Malaysia...

KOTA BAHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia berdepan cuaca panas...

Agong ‘Belanja’ Petugas Media...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali...

Anggota Tentera Ditamatkan Perkhidmatan...

KUALA LUMPUR - Anggota tentera yang didapati bersalah terlibat dengan aktiviti kumpulan militan...

SKMM Kaji Kaedah Tangani...

PETALING JAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji kaedah untuk...

Gambar: Nenek Maut Disembelih Cucu Di Kuala Terengganu

SADIS.. seorang nenek akhirnya menemui ajal di tangan cucu sendiri selepas meninggal dunia akibat disembelih, pagi tadi.

Kejadian mengejutkan ini berlaku di Kampung Surau Haji Daud, Kuala Terengganu.

Jiran yang menemui Halimah Taib, 78, kira-kira 9.30 pagi dalam keadaan sudah tidak bernyawa bertindak menghubungi pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian.

Difahamkan selepas membunuh neneknya, suspek yang berkain pelikat pergi ke surau sambil membawa bersamanya pisau yang berlumuran darah.

Dia dikatakan mengaku sudah menyembelih neneknya lalu ditahan oleh orang kampung.

Berdasarkan cerita jiran, suspek sudah seminggu datang ke rumah neneknya itu dan ada memanjat pokok duku untuk mengambil buahnya yang dibeli oleh peraih yang datang sebelum kejadian.


sembelih nenek1

Suspek ditahan manakala mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Kejadian disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Nik Mohd Zain Nik Omar. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=PTZTisQ9ufQ

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori