KUALA LUMPUR – Filem Jejak Warriors yang kini boleh ditonton di saluran Astro First bukan berkenaan pasukan bola sepak negeri Kelantan semata-mata.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, filem itu mengenai masyarakat yang wajar ditonton segenap lapisan rakyat Malaysia.
“Ramai yang menyangka `movie’ ini mengenai team Kelantan sahaja… Sebenarnya tidak. Filem ini adalah mengenai drama masyarakat.
“Penggambaran banyak di Johor termasuk mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Berdasarkan sinopsis, Jejak Warriors adalah sebuah filem kemasyarakatan berlatarbelakangkan pasukan bola sepak negeri Pantai Timur tersebut.
Filem itu mengetengahkan sebilangan pemain Kelantan seperti Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd. Fitri Omar dan Ahmad Fakri Saarani.
Filem berkenaan adalah tentang keazaman ingin berjaya pada seseorang yang dijelmakan melalui semangat `The Red Warriors‘ (TRW). – Mynewshub.cc
https://youtu.be/Ug_H5KR9ahI

