• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda Berhasrat Bantu Lahir Ramai Atlet Pelayaran

oleh Ahmad Albab
01/09/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

FELDA berhasrat membantu Persatuan Pelayaran Johor secara berterusan untuk melahirkan lebih ramai atlet pelayaran kompetetif khususnya dalam kalangan anak-anak peneroka Felda.

Pengarah Besarnya, Datuk Hanapi Suhada berkata beliau mahu melihat lebih ramai anak Felda mencipta kejayaan dalam sukan pelayaran negara sehingga peringkat antarabangsa.

Beliau menarik perhatian bahawa Felda selaku penaja utama penganjuran Kejohanan Perahu Layar KFC-Felda Terbuka Johor secara konsisten menyumbang RM100,00 setiap tahun sejak 2011.

“Felda akan memberi bantuan ini secara berterusan. Kami bangga beberapa atlet negara dalam kalangan anak Felda ini telah mencipta kejayaan dalam sukan pelayaran yang sangat mencabar,” katanya kepada pemberita di Menara Felda di sini, hari ini.

Terdahulu, Hanapi menyerahkan penajaan RM100,000 kepada Timbalan Presiden Persatuan Pelayaran Johor Lukman Abu Bakar untuk kejohanan perahu layar berkenaan tahun ini.

Sehingga kini lebih 30 anak Felda berusia tujuh tahun hingga 17 tahun mengikuti program latihan perahu layar di Tanjung Leman, Johor.

Persatuan Pelayaran Johor juga berjaya melahirkan atlet bertaraf antarabangsa seperti Nuraisyah Jamil dan Naquib Eiman Shahrin dengan kejayaan dua pingat emas dalam temasya Sukan Sea 2015 di Singapura.

Sejumlah 150 atlet dari 15 persatuan dan kelab seluruh negeri termasuk Indonesia akan mengambil bahagian dalam empat kategori iaitu Optimist, Laser, International 420 dan Windsurfing pada kejohanan berkenaan.

Kejohanan itu merupakan sirkit kelapan daripada 12 sirkit sepanjang tahun bagi menentukan ranking atlet perahu layar kebangsaan menerusi Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA). – BERNAMA

Kejohanan Perahu Layar Piala Monsoon Di Danga Bay, Johor Bahru

Tags: Felda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd