Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Dipuji, Sanggup Susukan...

SEORANG wanita di China telah mendapat pujian ramai kerana menyusukan seorang bayi yang...

Pelajar Tahun Akhir Ditangkap...

PARIT - Polis menahan seorang pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan sebuah universiti swasta...

Kenderaan Rasmi Saya Myvi...

AHLI Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik sekali lagi menyindir pihak yang mendakwa beliau...

Anak Muda Melayu Perlu...

KUALA LUMPUR - Anak muda Melayu perlu menguasai bidang teknologi dan maklumat termasuk...

Erin Malek Nafi Sudah Bersalin, Gambar Bayi Kembar Palsu

SEJAK kebelakangan ini, boleh dikatakan ramai selebriti menjadi mangsa berita palsu yang disebarkan oleh blogger internet.

BACA: Berita Lisa Surihani Selamat Bersalin Palsu!

Jika sebelum, tersebar khabar angin kononnya Lisa Surihani telah selamat bersalin, perkara yang sama menimpa pula kepada pelakon genit Erin Malek.

Semuanya gara-gara artikel yang menyebarkan gambar palsu bayi kembar yang bertulis tahniah Erin Malek atas kelahiran bayi sulungnya itu.

Artikel palsu tersebut.
Artikel palsu tersebut.

Berikutan itu, ramai yang mengucapkan tahniah dan menghubunginya.

Bagaimanapun, isteri kepada Farriz Fauzy ini menafikan berita yang tersebar tersebut.


“Saya belum bersalin lagi. Anak dalam kandungan ini lambat lagi keluar,” kata Erin ringkas.

Seperti umum mengetahui, Juara Fear Factor Selebriti musim kedua sedang hamil anak kembar dan dijangka melahirkan anak sulungnya pada bulan ini. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori