Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

“Panggil Saya Jokowi” –...

JAKARTA - Walaupun sudah bergelar presiden, Joko Widodo mahu kekal dikenali dan dipanggil...

PAS Akan Jadi Pembangkang...

PETALING JAYA - Pas cemburu dengan kejayaan Pakatan Harapan (PH) sehingga melabel kerajaan...

Ibu Mertua Tidak Pasti...

SEMALAM pengarah, Datuk Farid Kamil memuat naik satu entri memaparkan dirinya bersama dokumen...

Anak Mendapat Malu, Bersihkan...

KAJANG - Pemandu teksi yang sebelum ini ditahan reman kerana dipercayai terlibat dengan kes...

Azura Couture Gesa Erin Bayar Hutang, Pulang Busana

PEREKA fesyen terkenal yang juga merupakan pemilik butik Azura Couture, Azura Mazaruddin mahu mengambil mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Erin Malek.

Ia melibatkan isu kegagalan pelakon berkenaan untuk melangsaikan hutang berjumlah RM50,000.

Menurut Harian Metro, Azura sebelum ini mendakwa pemilik nama sebenar Nur Arina Abdul Malek itu gagal untuk melangsaikan hutang berjumlah RM80,OOO.

Difahamkan, hutang itu merupakan bayaran yang dikenakan terhadap Erin selepas menggunakan perkhidmatan Azura untuk majlis resepsi pada tahun 2014 lalu.

Namun, Erin yang diwakili oleh bapa tirinya merayu agar bayaran tersebut dikurangkan kepada RM50,000 dan pemilik butik tersebut telah bersetuju.

“Dalam proses terbabit Erin yang diwakili bapa tirinya meminta agar harga bayaran perkhidmatan dan baju perkahwinan yang saya hasilkan dikurangkan kepada RM50,000.

“Pihak kami setuju dengan permohonan itu dan mahkamah memutuskan bahawa Erin yang diwakili bapa tirinya harus melunaskan hutang berkenaan dengan bayar secara berperingkat setiap bulan,” katanya.

Bagaimanapun selepas setahun, Erin dikatakan masih gagal untuk melunaskan bayaran tersebut mengikut harga yang dipersetujui bersama.

Jelas Azura, ekoran pelakon terbabit meminta bayaran hutang berkenaan dikurangkan, maka pihak mahkamah telah mengarahkan Erin sekali gus memulangkan baju perkahwinan yang dihasilkan pereka tersebut.


“Dia bukan sahaja tidak bayar, malah tidak memulangkan baju seperti yang diarahkan,” jelasnya.

Tambah Azura lagi, dia akan meminta mahkamah untuk mahkamah mengeluarkan arahan pelaksanaan perintah terhadap Erin bagi mendapatkan semula haknya.

“Bagaimanapun bukan mudah untuk melaksanakannya kerana surat harus diserahkan kepada Erin. Masalahnya, dia sudah berpindah dan pihak saya tidak tahu alamat terbarunya,” ujar Azura dengan nada kecewa.

Sementara itu, Azura juga memberitahu dia telah cuba menjejaki pelakon berkenaan menerusi laman Instagram.

Tetapi, usaha tersebut menemui kegagalan apabila pesanan yang dihantar tidak berjawab dan komen pada ruangan foto pula dipadam oleh Erin.

Hasil tinjauan Mynewshub melalui Instagram milik Erin, ruangan komen untuk semua perkongsiannya telah ditutup.

Sehingga kini, dia dilihat masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung isu ini. –  MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori