• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Ambil Makanan Lewat Malam – Dr Subramaniam

oleh Ahmad Albab
07/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Amalan rakyat Malaysia yang gemar mengambil makanan walaupun lewat malam boleh mengundang pelbagai penyakit, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata keadaan ini berbeza jika dibandingkan dengan rakyat negara lain yang sukar mendapat makanan pada lewat malam.

“Keadaan adalah berbeza di luar negara kerana di sana susah kita hendak mencari makanan selepas jam 11 malam,” katanya ketika merasmikan Persidangan Kesihatan Awam Asia Pasifik Keempat di sini Isnin.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Ariffin Omar.

Dr Subramaniam berkata pelbagai inisiatif telah disediakan untuk mendidik masyarakat mengenai pemilihan makanan bernutrisi.

“Misalnya kita menyediakan aplikasi yang dikenali sebagai ‘MyNutriApp’ untuk mengira jumlah kalori yang diambil dalam makanan kita,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan turut menggalakkan aktiviti fizikal dalam kalangan rakyat.

“Ini bagi memupuk budaya berekreasi dan saya sendiri sudah mencadangkan di Kabinet supaya semua projek yang diluluskan kerajaan harus menyediakan ruang untuk berekreasi atau yang menjurus kepada kesihatan baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr S. Subramaniammakanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

19/02/2023
0

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam...

Dunia Kehabisan Makanan Tahun 2050

25/04/2022
0

WASHINGTON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa dunia diramal kehabisan makanan dalam tempoh 27 tahun akan datang, lapor akhbar Daily Star...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd