• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Pemuda PAS Terkilan PKR Terima Keahlian Wakil Rakyatnya

oleh Ahmad Albab
15/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) hari ini melahirkan rasa terkilan dengan tindakan PKR menerima keahlian wakil rakyatnya yang menyertai parti itu dan tidak menghormati hubungan sesama rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Ketuanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata tindakan PKR itu jelas bertentangan dengan dasar dipegang PAS dalam PR yang tidak akan menerima keahlian parti rakan sesama pakatan.

“Sikap PAS apabila berada di dalam Pakatan Rakyat adalah kita menghormati hubungan sesama kawan dalam pakatan dan tidak akan menerima keahlian wakil rakyat parti kawan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja DPPM keempat di ibu pejabat PAS Pusat di sini, hari ini.

Jumaat lepas, anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib memgumumkan mereka keluar daripada PAS dan sah menyertai PKR.

Nik Mohamad Abduh yang juga anggota Parlimen Pasir Mas berkata Kamaruddin mungkin mempunyai pandangan tersendiri mengapa beliau menyertai PKR dan tidak melompat ke Parti Amanah Rakyat namun yang pasti Kamaruddin tidak terlepas daripada sumpah bai’ah yang ditanggung semua wakil rakyat PAS.

“Wakil rakyat PAS yang telah melompat parti tetap akan menanggung bebanan yang sama dalam sumpah bai’ah yang telah dilafazkan,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh berkata parti itu sedia menerima keahlian mana-mana anggota DAP yang ingin menyertai PAS kerana hubungan kedua-dua parti itu telah putus.

“Kalau ada ahli DAP yang mahu menyertai PAS kita (ucap) ‘ahlan wasahlan’ (selamat datang). Baru-baru ini juga ada kes di mana bekas naib pengerusi I DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad, menyertai PAS dan kita terima beliau selepas kita putus hubungan dengan DAP,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=T5aueLv7v-k

Tags: PASPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sesuai menyertai Parti Keadilan Rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd