• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKK Mohon Kebenaran JAS Kitar Semula Tayar Terpakai

oleh Ahmad Albab
29/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengemukakan permohonan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah bagi mendapatkan kebenaran mengitar semula tayar terpakai di daerah berkenaan.

Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata DBKK kini sedang berbincang dengan sebuah syarikat tempatan untuk mengumpul dan memungut tayar terpakai di sekitar bandaraya itu sebelum mengemukakan permohonan kepada JAS bagi tujuan proses kitaran semula bahan berkenaan.

“DBKK sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian mengenai isu (tayar terpakai) itu dan kita akan berbincang secara baik (dengan syarikat berkenaan).

Apabila dapat keputusan dan JAS bagi ‘lampu hijau’, proses kitar semula tayar akan dapat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) sempena Hari Inovasi DBKK, di sini hari ini.

Isu tayar terpakai timbul selepas DBKK dikatakan akan mengenakan bayaran tertentu terhadap pembuangan bahan tersebut di pusat pelupusan sampah di Kayu Madang, Menggatal.

Bagaimanapun, cadangan oleh DBKK itu tidak dipersetujui oleh persatuan pengedar tayar.

Abidin berkata beberapa peraturan JAS perlu dipatuhi sebelum proses kitar semula tayar terpakai itu dapat dijalankan.

Mengenai program berkenaan, beliau berkata ia adalah satu platform menggalakkan anggota serta kakitangan DBKK supaya lebih kreatif dalam mengubah suai bahan terpakai yang boleh diaplikasikan dalam pekerjaan dan pentadbiran.

“Kita tidak mahu mereka statik, tetapi perlu ada inovasi untuk kebaikan dan menaikkan imej sesebuah organisasi,” katanya. – BERNAMA

Tags: JASSabah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd