• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah: 2 Beranak Warga Iran Dijatuhi Hukuman Mati

oleh Ahmad Albab
30/09/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua beranak warga Iran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah mengedar 2.5 kilogram dadah jenis methamphetamine di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati yang pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan membabitkan kedua-dua wanita itu.

Sejurus mahkamah membuat keputusan itu, Tayebeh Abbasali Najafi, 36, dilihat memujuk ibunya Parvin Yousef Ilanlou, 57, yang menangis teresak-esak dengan hukuman berkenaan.

Tayebeh didakwa mengedar 1297.5 gram methamphetamine di kawasan pintu keluar Pemeriksaan Kastam, Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA pada 25 Sept 2012.

Parvin pula didakwa mengedar 1245.6 gram dadah jenis sama di tempat, masa dan tarikh sama.

Kedua-dua beranak itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Seramai lima saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Selangor, Siti Noorbaya Jamil sementara dua beranak itu diwakili peguam Muhammad Zaim Azfar Jalaludin. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd