• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuma ‘Orang Gila’ Yang Tampar Imam Ketika Sedang Solat!

oleh AK-47
21/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARI ini, gempar jadinya apabila seorang lelaki bertindak menampar Imam II Masjid Negara ketika solat Jumaat sedang berlangsung.

Kejadian ini mengejutkan ramai sekaligus membuatkan Solat Jumaat terbatal dan terpaksa dilakukan semula.

Ramai yang tertanya-tanya apakah motif lelaki tersebut bertindak sedemikian.

Bagi imam yang menjadi mangsa perbuatan berkenaan Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 39, beliau sendiri tidak menyangka akan ditampar dan pada mulanya menyangka lelaki yang datang dari belakang itu mungkin ingin membetulkan bacaannya yang difikirkan silap.

https://www.youtube.com/watch?v=FXSe-7eE-gc

Mengulas perkara ini, Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, sekiranya seseorang individu itu waras maka dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian walau apa pun alasannya termasuk berasakan ada kesalahan yang berlaku pada bacaan.

Screen-Shot-2015-09-09-at-7.18.29-PM
Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar

“Mungkin dia merasakan bacaannya lebih bagus daripada orang Malaysia, namun imam yang ditugaskan itu juga mempunyai lulusan yang diiktiraf dan bacaannya tidak boleh dipertikaikan.

“Jika seseorang itu waras, dia tidak akan bertindak seperti itu dan jika ada kesalahan, ia boleh ditegur dengan cara yang baik,” katanya ketika dihubungi Mynewshub hari ini.

Tuan Asmawi turut berkongsikan pendapatnya itu di laman Facebook selepas menghubungi Mohd. Zuhairee yang juga merupakan kenalannya.

[VIDEO: DETIK IMAM DUA MASJID NEGARA DITAMPAR]

Bagaimanapun berdasarkan kenyataan dikeluarkan pihak polis, lelaki yang menampar Imam II Masjid Negara semasa rakaat pertama Solat Jumaat hari ini, bukanlah warga Arab seperti sangkaan ramai.

Sebaliknya lelaki yang mencetuskan kemarahan orang ramai itu disahkan merupakan warga India berusia 31 tahun yang berasal dari Kashmir.

Berdasarkan penilaian awal, suspek dipercayai mengalami masalah mental kerana dilihat bercakap seorang diri selain mendakwa terdengar suara halus menyuruhnya menggantikan imam ketika Solat Jumaat hari ini.

Lelaki tersebut yang berada di barisan saf kedua, kemudiannya menerpa lalu menampar imam yang baru sudah membaca surah Al-Fatihah pada rakaat yang pertama.

Akibat insiden berkenaan, solat Jumaat terpaksa dilakukan semula sejurus selepas suspek ditahan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=mnWIyWLbvDE

Tags: Imamkontroversivideo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mangsa Banjir Di Perlis Dibantu Sewajarnya, Kata Shahidan

Next Post

Penyampai Radio BFM Buat Jenaka ‘Himpunan Maruah India’

Related Posts

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

19/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melibatkan sebuah bas yang dipercayai dipandu secara melulu sehingga hampir...

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

09/02/2025
0

IPOH: Empat khatib yang juga imam masjid di negeri ini digantung tugas sementara kerana menyampaikan khutbah Jumaat bukan dikeluarkan Jabatan...

Next Post

Penyampai Radio BFM Buat Jenaka 'Himpunan Maruah India'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd