Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

UMNO Kedah Sokong Najib,...

SUNGAI PETANI - UMNO Kedah hari ini sebulat suara menyatakan sokongan tidak berbelah...

Pemain Import Ditahan Miliki...

SHAH ALAM - Polis menahan seorang pemain import pasukan bola sepak tempatan di...

3 Individu Direman 6...

SEREMBAN - Tiga individu direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan...

Sufian Suhaimi Tidak Kisah...

PENYANYI Sufian Suhaimi mengakui langsung tidak kisah apabila dilabel sebagai 'raja lagu sedih'...

Bebiri Bulu Lebat 40kg Terpaksa Dicukur Juara Australia

CANBERRA — Seekor kambing biri-biri betina di Australia menjadi sensasi kerana memiliki bulu yang sangat tebal mungkin memecah rekod dunia sehingga dibimbangi boleh membahayakan nyawa mamalia itu sendiri.

Dengan bulunya amat tebal, penampilan bebiri ini sangat mirip watak-watak menerusi siri kartun animasi terkenal Shaun the Sheep, namun, aktivis hak asasi haiwan tempatan berasa bimbang dengan keadaan itu.

Mereka mendakwa, bulu yang terlalu tebal boleh menimbulkan bahaya bagi kambing itu, lantas aktivis terbabit meminta juara pencukur bulu bebiri Australia segera datang untuk menyelamatkan nasib haiwan berkenaan.

Baca: Bebiri Faham Bahasa Inggeris Kesal Dimaki Penternak

666238-6b017648-51d8-11e5-af2f-e6e8604c3982

Ian Elkins, juara empat kali pertandingan cukur bulu kambing biri-biri peringkat kebangsaan itu telah menyahut cabaran tersebut pada Khamis demi menyelamatkan sang bebiri daripada mengalami situasi kesihatan lebih teruk.

“Bulu terlalu tebal boleh menyebabkan bebiri sukar bergerak. Kami belum tahu berapa besar kesannya kerana ia sudah tumbuh cukup lama,” kata Tammy Ven Dange, Ketua Komuniti Pencegahan Kekerasan Haiwan (RSPCA).

“Banyak perkara buruk yang boleh menimpa binatang ternakan seperti ini. Kami pun tidak dapat mengetahuinya secara tepat berapa beratnya sehingga kami selesai mencukur habis bulunya itu dengan licin,” tambah Tammy.


Baca: Babi Menyerupai Biri-Biri, Agenda ‘Jahat’ Pihak Tertentu?

merino-sheep-2

Kambing yang tiada nama itu ditemui orang ramai sesat berkeliaran dekat Mulligan’s Flat di sini sebelum diselamatkan lima petugas RSCPA dan berat bulu haiwan tersebut dianggarkan mungkin mencecah 40 kilogram.

Beliau menambah, bebiri ini boleh mengalami kejutan ketika bulunya dicukur, justeru, kemungkinan besar haiwan itu akan terpaksa dibius terlebih dulu sehingga pengsan bagi memberi sedikit ketenangan daripada panik.

Sebelum ini rekod dunia untuk bebiri paling lebat bulu dipegang Shrek dari New Zealand dengan berat bulu 27 kilogram dan ia akhirnya meninggal dunia dalam usia 17 tahun pada 2011 lalu. – Agensi/Mynewshub/HAA

Petikan filem animasi diadaptasi daripada siri televisyen popular ‘Shaun The Sheep’.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori