• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BBC Terima Tamparan Malu, Sebar Tweet Fitnah

oleh Ahmad Albab
19/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) telah mendapat malu besar apabila mendakwa seorang Ahli Parlimen sedang tidur ketika Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja dibentangkan pada sesi Parlimen.

Dakwaan terhadap Alec Shelbrooke itu turut disiarkan melalui laman mikro Twitter milik stesen tertua di dunia itu sehingga menjadi sensasi dalam kalangan pengguna media sosial tempatan.

Hakikatnya, Alec mengalami masalah pendengaran, justeru dia terpaksa mendekatkan telinganya dengan alat pembesar suara di tepi kerusinya untuk mendengar perdebatan rang tersebut.

Disebabkan beliau memejam mata maka ia disalah erti oleh BBC, walhal gambar yang dimuat naik oleh wakil stesen ITV, Paul Brand menunjukkan Alec membuka mata, ketika berada dalam kedudukan yang sama.

Keadaan ini memaksa pihak pengurusan BBC tampil meminta maaf secara terbuka dan menarik semula posting Twitter yang berbaur penghinaan berkenaan.

“Saya sebenarnya mengalami masalah pekak sedikit dan terpaksa bergelut untuk mendengar. Saya telah mengambil bahagian dalam perdebatan tersebut.

“Malahan saya cuba dengar debat yang dibahaskan oleh Ahli Parlimen lain untuk penggulungan. Malangnya saya diperbodohkan dan dihina hanya disebabkan saya tidak dapat dengar,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/3VuFa3-vHcU

Tags: fitnah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anthony Loke Dakwa Jadi Mangsa Serangan Peribadi, Fitnah

Anthony Loke Dakwa Jadi Mangsa Serangan Peribadi, Fitnah

04/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mendakwa beliau menjadi sasaran serangan peribadi dan pelbagai fitnah sepanjang...

Onn Hafiz: Jangan Gadai Masa Depan Johor Kerana Fitnah, Hasutan, Janji Bulan Bintang

Onn Hafiz: Jangan Gadai Masa Depan Johor Kerana Fitnah, Hasutan, Janji Bulan Bintang

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz mengingatkan rakyat supaya tidak menggadaikan masa depan Johor dengan terpengaruh kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd