• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banyak Pihak Bantah Kerusi Khas Bayi Dalam Kereta Mahal – JKJR

oleh Ahmad Albab
10/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menerima banyak bantahan mengenai penguatkuasaan penggunaan kerusi khas untuk bayi dan kanak-kanak dalam kereta, berikutan harganya yang mahal.

Ketua Pengarah JKJR, Abdul Ghafar Yusof berkata pihaknya menerima pelbagai maklum balas berhubung penguatkuasaan itu termasuk bantahan kerana ia membebankan mereka.

“Kerajaan baru-baru ini telah mewajibkan penggunaan kerusi khas untuk bayi dan kanak-kanak dalam kereta mulai 2019 bagi tujuan keselamatan, sekali gus dapat mengurangkan kadar kecederaan atau kematian akibat kemalangan jalan raya.

“Berikutan itu, kami telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak dan ada yang minta ia dipercepatkan tetapi pada masa sama, lebih banyak pihak membantah kerana kos sebuah kerusi berkenaan mahal iaitu antara RM600 dan RM3,000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Advokasi Khas di Stesen Penimbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Valdor, di sini hari ini.

Sebanyak 10 agensi terlibat dalam program itu antaranya JPJ Pulau Pinang, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Abdul Ghafar berkata pihaknya percaya penguatkuasaan itu bukan untuk membebankan rakyat, sebaliknya ia adalah langkah tambahan keselamatan untuk bayi dan kanak-kanak.

Katanya memang ada kerusi khas untuk bayi dan kanak-kanak dalam kereta yang murah di pasaran ketika ini tetapi ia tidak memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.

“Setakat ini, belum ada cadangan untuk memberi subsidi kepada pengguna kerusi khas berkenaan dan mungkin kerajaan boleh mempertimbangkan untuk kecualikan cukainya kerana kebanyakannya diimport.

“Jika cukai dikecualikan, harga yang ditawarkan kepada pengguna mungkin dapat dikurangkan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebagai langkah permulaan, pihaknya akan mengadakan kempen advokasi penggunaan kerusi khas itu selama empat tahun.

Beliau berkata, dalam tempoh itu orang ramai akan dididik berhubung kepentingan menggunakan kerusi khas tersebut khususnya terhadap keselamatan bayi dan kanak-kanak sebelum peraturan itu dikuatkuasakan sepenuhnya. – BERNAMA

Tags: bayiJKJR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd