• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Changlun Semakin Surut, Pusat Pemindahan Ditutup

oleh Ahmad Albab
18/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun yang menempatkan lebih 11 keluarga dari Kampung Nang Mah, Pekan Changlun ditutup 8.30 pagi Jumaat.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kubang Pasu, Kamarulzaman Kasa berkata kira-kira 40 mangsa itu dibenarkan pulang selepas paras air di kampung itu semakin surut.

Beliau berkata pusat pemindahan itu dibuka 9 malam tadi selepas keluarga terlibat tidak mempunyai tempat tinggal selepas rumah mereka dinaiki air.

“Kita pindah mereka malam tadi selepas paras air tidak berubah dan mereka tidak mempunyai tempat tinggal. Mangsa lain ada yang berpindah ke rumah saudara mara,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya tinjauan pihaknya pada 10.30 pagi tadi mendapati paras air di Sungai Changlun mula surut dan berada pada paras selamat.

Semalam, lebih 1,000 penduduk dari lapan buah kampung di Changlun dilaporkan terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat yang turun sejak dua hari lepas.

Antara kampung terbabit ialah Kampung Paya Nomi, Kampung Belukar, Kampung Rantau, Pekan Changlun, Kampung Sungai Petani, Taman Rasa Sayang, Kampung Bendang Ceruk dan Kampung Padang Pasir yang melibatkan 600 buah rumah. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirPerlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd